[VIDEO] Tular soal jawab TikToker dengan anak tiri Mona Fendi, ‘Aku takkan mati’

Tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang TikToker dikenali sebagai Dya Mohamad menemu bual anak tiri kepada Mona Fendi.

Lelaki tersebut merupakan anak kedua kepada Mohd Affandi sebelum bapanya berkahwin dengan Mona. Jelasnya dia mempunyai dua lagi adik beradik iaitu seorang abang dan seorang adik perempuan.

Tular soal jawab TikToker dengan anak tiri Mona Fendi, 'Aku takkan mati'

Kongsinya, dia dilahirkan pada tahun 1984. Arwah ibunya bercerai dengan Affandi ketika dia berusia 7 bulan di dalam kandungan.

Kali pertama dia mengenali bapanya adalah pada tahun 1993, ketika itu dia berumur 9 tahun. Ibunya memberitahu bapanya sebenarnya masih hidup.

Dek kerana terlalu teruja, dia membawa keratan akhbar memaparkan berita mengenai ayahnya ke sekolah. Waktu itulah guru-guru dapat tahu dia anak kepada penjenayah.

Sehinggalah pada tahun 2001, waktu itu dia di Tingkatan 5, dia berjumpa dengan bapa buat kali pertama. Dia berasa terkejut apabila imam Penjara Kajang memberitahu bapa mahu dia mengecam mayat apabila sudah tiada nanti.

Waktu berjumpa, bapanya sempat melaungkan azan di telinga buat kali pertama dan berpesan supaya menjaga adik perempuannya.

@dyamohamad90♬ original sound – KakDya – CEO of korang2 kejap!

Di bahagian dua, lelaki ini berkata, sejujurnya dia pernah mempunyai rasa benci terhadap bapa kandungnya yang dirasakan menjadi punca hidupnya di dunia bermasalah.

Dia pernah tak jadi berkahwin kerana keluarga kekasih tak mahu menerimanya. Dia dikatakan datang daripada keluarga yang tidak baik.

@dyamohamad90 ♬ original sound – KakDya – CEO of korang2 kejap!

Di bahagian ketiga, lelaki ini dilihat menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan penonton sesi live itu termasuklah amalan bomoh Mona Fendi dan suami.

BACA :

Artis lelaki kantoi ‘like’ video porno guna akaun sebenar
‘Pakej VVIP dihalau dijerit-jerit dek polis, sedangkan kami di Malaysia dipuja sanjung kerana status dan kewangan kami’
10 sekeluarga dikhuatiri lemas dibawa kepala air, ‘Aku tak kuat Yani’