Alisa & Yusuf tolak air ‘tak sedap’ cara sopan terhadap Hanis Zalikha dipuji ramai

Yusuf Iskandar mahupun Alisa Aisyah kini merupakan antara adik-beradik anak kepada selebriti terkenal yang cukup disenangi para peminat ibu bapa mereka iaitu Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang mana kedua-duanya sedari kecil sudah mempunyai ramai peminat.

Apa tidaknya, kecomelan Yusuf Iskandar bersama adik perempuannya itu sering mengundang rasa ‘geram’ sehingga tercuit hati dengan gelagat mereka yang dikongsikan kepada umum.

Untuk pengetahuan semua juga, kedua-dua si cilik popular itu mempunyai akaun Instagram sendiri dengan mempunyai jutaan followers yang mana peminat anak selebriti dapat melihat perkembangan mereka

 

Terbaharu pula, gelagat Yusuf Iskandar sekali lagi menjadi tumpuan jutaan pengikut ibunya pula apabila Hanis Zalikha memuat naik satu rakaman video yang memaparkan anak sulungnya itu cuba untuk merasai Banana Milkshake tetapi mungkin tidak terlalu menggemarinya membuatkan dia mengatakan, “Tak sedap la.”

Lalu Hanis Zalikha yang dalam pada masa yang sama terhibur turut mendidik cara sopan untuk menolak minuman yang tidak digemarinya itu manakala lihat pula bagaimana kecomelan Alisa Aisyah pula yang tidak mahu minum minuman tersebut.

 

Diruangan komen pula, seperti biasa kecomelan Alisa Aisyah dan Yusuf mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya geram dan dalam pada masa yang sama didikan Hanis Zalikha terhadap kedua-dua anaknya itu mendapat pujian.

“Comelnya dua dua ni”

Yusuf & Alisa Yusuf & Alisa

“100 kali kot repeat part Yusuf tu…”

Yusuf & AlisaYusuf & Alisa

“”Bestnya tips!! Anak nampak polite and full of manners. Tq”

Screenshot_373 Screenshot_374

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: