[Video]Ngeri!!! Makluman Kes Pergaduhan Di Hadapan Shell

 

Pada 20/01/2021 jam lebih kurang 4.50 pagi, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima panggilan telefon dari orang awam memaklumkan tentang pergaduhan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah stesen minyak di Batu 9 Cheras. Kereta peronda telah digerakkan ke lokasi kejadian dan menemui seorang lelaki dalam keadaan cedera.

Ambulan kemudian telah bawa mangsa ke hospital. Semakan CCTV memaparkan kejadian mangsa telah di cederakan oleh beberapa orang lelaki bangsa tidak pasti.

Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak Polis dan mangsa kini sedang dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil.

Bertindak atas maklumat, pihak Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kajang telah menahan (6) orang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes ini.

Kes telah disiasat di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp. Muhammad Azrul Nizam b. Zainal Abidin di talian 016-9985730.

Sekian, terima kasih.
KPD Kajang
21/01/2021