Waktu dalam pantang, kena elak 6 makanan ini kalau tak mahu badan berangin

Waktu dalam pantang, kena elak 6 makanan ini kalau tak mahu badan berangin.

Setelah ibu-ibu berjaya mengharungi pengalaman getir namun indah ketika melahirkan anak, perjuangan anda tidak terhenti di situ sahaja kerana perlu melalui proses dinamakan berpantang pula.

Dalam tempoh 40-55 hari berpantang, banyak perkara dan penjagaan yang perlu dilakukan mengikut turun temurun sehingga menjaga makanan yang menyebabkan angin ketika berpantang.

Makanan yang menyebabkan angin ketika berpantang ini menjadi ‘musuh’ yang kuat kerana kalau tidak dijaga dengan betul, akan menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Maklumlah, ketika berpantang inilah kaum mak-mak akan jadi manja sedikit kan…

*6 MAKANAN YANG MENYEBABKAN ANGIN PERUT KETIKA BERPANTANG*

*1. Susu atau Produk Tenusu*

Ramai mengetahui bahawa susu membekalkan pelbagai khasiat untuk ibu, namun sebenarnya susu adalah salah satu punca masalah kembung perut pada bayi. Laktos ialah gula semulajadi yang terdapat pada produk tenusu dan menghasilkan banyak ‘angin’.

Ibu juga perlu mengelakkan diri dari makan produk tenusu lain seperti keju, yogurt, aiskrim, atau apa-apa makanan yang bersusu. Hal ini kerana makanan sebegini berpotensi tinggi untuk mencetuskan reaksi kepada sesetengah bayi.

*2.Kafein*

Buat wanita pencinta kopi yang sedang berpantang, inilah masanya untuk anda kurangkan rasa ‘ketagih’ terhadap kopi. Hal ini kerana semasa berpantang, jumlah kafein yang diambil boleh meningkatkan masalah cirit-birit.

Sumber kafein yang tinggi adalah termasuk kopi, teh, minuman kola, coklat dan pil sakit kepala.

*3.Makanan bergoreng*

Patutlah semua menu berpantang tiada diselitkan langsung makanan bergoreng. Bukan sahaja ketika berpantang bersalin, malah makanan bergoreng juga tidak disarankan pengambilannya secara kerap ketika luar waktu berpantang.

Kandungan lemak tinggi mungkin boleh menjejaskan fungsi sistem pencernaan sekali gus mewujudkan ketidakselesaan perut.

*4.Buah Nangka Jambu Batu & Durian*

Awas! Memang kita tahu bahawa buah-buahan dapat membekalkan sumber khasiat yang tinggi dalam badan namun jangan ditelan semua jenis buah ya! Antara buah yang sama sekali tidak disyorkan adalah buah nangka, jambu batu dan durian. Kecewa betul ‘hantu durian’ yang sedang berpantang bersalin kan?

Buah nangka dan jambu batu terutamanya dikatakan bukan saja berangin tetapi juga mempunyai sifat sejuk. Kerana itu buah nangka dan jambu batu ini memang patut dihindarkan untuk mengelakkan masalah berkaitan kesihatan yang tidak sepatutnya.

*5. 4 Jenis Sayur*

Sama juga seperti buah, sayur-sayuran juga merupakan penyumbang khasiat yang tinggi dalam pemakanan seharian. Namun, perlu diingatkan buat ibu berpantang bahawa terdapat beberapa jenis sayur yang perlu dielakkkan.

Brokoli, kubis bunga, kubis brussel dan kubis sukar dicerna oleh tubuh. Sebab itulah ia boleh mencetuskan rasa ‘angin’ dalam perut dan kembung. Sayuran ini mengandungi raffinose, jenis karbohidrat lain di mana tubuh manusia tidak dapat bertoleransi dengan baik.

*6. Minuman berais dan makanan sejuk beku*

Tidak kiralah pantang dari sudut medikal atau pantang tradisional, pengambilan ais sejuk atau berais ketika berpantang amatlah ditegah bagi setiap pengamal perubatan.

Dalam pantang ibu sebolehnya hanya perlu makan makanan segar yang dimasak ‘fresh’ tiap hari. Para ibu berpantang sama sekali tidak elok amalkan makanan jenis sejuk beku yang segera begini. Kena masak, jangan semua nak ekspres ya!

Makanan sejuk dan berais sememangnya boleh menyebabkan kehadiran angin yang banyak pada tubuh dan jika terus dibiarkan boleh menyebabkan demam, gigil satu badan dan sebagainya. Jangan tak percaya bila sebenarnya ada kes yang boleh membawa maut apabila badan terlalu sejuk.

*KESAN MAKANAN BERANGIN PADA IBU YANG SEDANG BERPANTANG*
-Sakit urat

-Timbul rasa lenguh

-Demam yang berpanjangan

-Menggigil sejuk seluruh badan

-Muntah dan loya

*Buat ibu yang sedang berpantang, tahan sekejap ya untuk 40-55 hari ini sebelum boleh Merdeka!

BACA JUGA:

Banjir Johor: Enam daerah masih terjejas

Anak muda peroleh RM400,00 sebulan hasil tanam sayur

Bursa Malaysia merosot, Wall Street menjunam