Wan Junaidi dedah mengapa 4 ahli parlimen Bersatu Sabah kekal kerusi

Wan Junaidi dedah mengapa 4 ahli parlimen Bersatu Sabah kekal kerusi. Empat Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mengumumkan keluar daripada BERSATU tidak perlu mengosongkan kerusi. Perkara itu dinyatakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau yang terbabit yang dalam penggubalan undang-undang larangan bertukar parti yang diluluskan Dewan Rakyat Julai lalu berkata, empat Ahli Parlimen GRS itu boleh kekal di kerusi mereka.

“Saya ingin menjelaskan bahawa empat Ahli Parlimen (MP) tidak perlu mengosongkan kerusi mereka.

“Selepas dimaklumkan pelbagai sumber yang boleh dipercayai pagi ini dan tengah hari ini bahawa empat ahli Parti BERSATU ini sudah meletakkan jawatan dalam parti mereka pada awal Oktober lalu sebelum bertanding pilihan raya Umum pada 19 Oktober,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu susulan polemik mengenai status empat Ahli Parlimen itu yang bertanding dalam PRU15 atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun menjadi ahli BERSATU.

Wan Junaidi dedah mengapa 4 ahli parlimen Bersatu Sabah kekal kerusi

Empat Ahli Parlimen BERSATU Sabah yang bertanding atas tiket GRS ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang).

Wan Junaidi menjelaskan, beliau bersetuju dengan kenyataan Peguam Perlembagaan, Tengku Datuk Fuad Ahmad.

Katanya, dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, Ahli Parlimen berkenaan bertanding di bawah tiket GRS.

“Pakatan parti itu dengan BERSATU berakhir pada awal Oktober tahun ini, sebelum pemilihan berlangsung.

“Oleh itu, mereka tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan berkaitan Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti,” katanya.

Terdahulu, Armizan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) menjelaskan, penyertaannya dalam GRS menerusi keahlian langsung dan bertanding pada PRU15 atas tiket gabungan berkenaan.

Katanya, GRS ialah parti bersifat individu dengan keahliannya meliputi dua kategori, iaitu keahlian langsung dan keahlian parti gabungan.

Sebelum ini, Tengku Fuad menyatakan empat Ahli Parlimen itu tidak akan kehilangan kerusi yang dimenangi pada PRU15 kerana mereka bertanding sebagai calon GRS, bukannya calon Perikatan Nasional (PN) atau BERSATU.

BACA:

Nyaris dirogol waktu riadah di Taman Rekreasi

Fun Fair degil : Sudah disita namun masih beroperasi

Pekerja kilang didenda kerana hina Agong, Permaisuri