Wanita beritahu diri hamil lepas 4 tahun ‘TTC’ buat officemate sebak,’Dengan aku join nangis sekali’

Setiap wanita yang sudah berkahwin sudah tentunya mahukan zuriat sendiri

Orang kata, kehadiran cahaya mata adalah pembawa rezeki terbesar dalam rumah tangga. Merekalah penyeri dalam hidup ibu bapa.

Namun, bukan semua pasangan dikurniakan rezeki zuriat serta merta selepas mendirikan rumah tangga. Ada yang menunggu bertahun-tahun lamanya untuk mendapat gelaran ibu dan ayah.

Wanita beritahu diri hamil lepas 4 tahun ‘TTC’ buat officemate sebak,'Dengan aku join nangis sekali'

Seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang wanita memberitahu rakan sekerja dirinya hamil selepas menunggu empat tahun telah membuatkan ramai sebak.

Lihat video itu di bawah:

@mrscoolpersonOrang suprisekan dia.. dia suprisekan kita balik..

♬ original sound – MrsCool Person

Rakam video suruh kawan-kawan ikut apa yang ingin dikatakan, tak sangka ada berita gembira

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mrscoolperson, kelihatan wanita itu sedang merakam sebuah video sebagai kenangan dengan rakan-rakan sekerjanya.

Difahamkan, dia baru saja mendapat kejutan hari jadi oleh rakan-rakannya. Namun, tak sangka pula dia juga ada kejutan buat mereka.

Dia yang merakam video memberitahu mereka supaya mengikut cakapnya. Mereka pun menurut kata tanpa mengesyaki apa-apa.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah apabila dia memaklumkan bahawa dia sudah mengandung di akhir video.

Sebaik saja dia membuat pengumuman tersebut, rakan-rakannya terus memeluk dan mengucapkan tahniah buatnya yang sudah menanti zuriat sejak empat tahun lalu.

Image from @mrscoolperson (TikTok)

“Dengan aku join nangis sekali. Tahniah sis, doakan saya juga tau” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 98K views, 5.1K likes dan 423 comments di laman TikTok.

Rata-rata netizen terutamanya wanita turut meluahkan rasa sebak selepas melihat video tersebut. Malah, ramai yang meminta doa daripada wanita itu supaya mereka juga dikurniakan zuriat tidak lama lagi kerana ramai yang sudah bertahun-tahun TTC (trying to conceive) namun belum ada rezeki.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @mrscoolperson (TikTok)

Image from @mrscoolperson (TikTok)

Image from @mrscoolperson (TikTok)

Alhamdulillah, tumpang gembira untuk akak tu. Semoga dipermudah urusan hamil dan sentiasa sihat.

BACA :

Angkara ayah kahwin sembunyi di Thailand, anak perempuan ‘terkahwin’ dengan abang sendiri