Wanita dapat wang kertas macam ayat ‘mantera’ masa COD, ‘Tak berani aku baca habis. Takut berjangkit’ -Netizen

Wanita dapat wang kertas macam ayat ‘mantera’ masa COD, ‘Tak berani aku baca habis. Takut berjangkit’.

Zaman sekarang ternyata berbeza pada zaman dahulu, terutama sekali dari segi teknologi yang semakin membangun

Namun, sehingga hari ini masih ada sesetengah individu yang menggunakan cara ‘halus’ untuk dijadikan sebagai pelaris dalam perniagaan mereka.

Wanita dapat wang kertas macam ayat 'mantera' masa COD, 'Tak berani aku baca habis. Takut berjangkit' -Netizen

Tentu sekali, perkara ini masih diamalkan dalam masyarakat kita. Percaya atau tidak, ia masih wujud dan digunakan.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang wanita berkongsi wang kertas yang tertulis seperti mantera ketika dia COD telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Terkejut tengok duit daripada customer

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu menunjukkan wang kertas yang didapati daripada pelanggannya.

Difahamkan, dia mendapat wang kertas itu daripada seorang pelanggan yang membayar tunai semasa penghantaran (COD).

Namun, apa yang lebih membuatkannya terkejut adalah duit tersebut dilihat penuh dengan tulisan seolah-olah seperti bacaan ‘mantera’.

Image from @kedaikembarumi (TikTok)

“Tak berani aku baca habis. Takut berjangkit” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut seram dan memberikan pelbagai pandangan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 205.9K views, 2,975 likes dan 107 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image from @kedaikembarumi (TikTok)

Image from @kedaikembarumi (TikTok)

Image from @kedaikembarumi (TikTok)

Image from @kedaikembarumi (TikTok)

Image from @kedaikembarumi (TikTok)

Seram lah pula tengok, lain macam.

BACA :

‘Depa cakap adik cacat, OKU, pastu kaki terbelit-belit, kenapa cakap macam tu?’
Ini sebab kenapa ayam jantan berkokok setiap pagi, bukan sebab nak kacau tidur
Lelaki dedah 11 perkara tentang Ebit Lew yang ramai tak tahu