Wanita dihalau dari hotel terkemuka di Kuala Lumpur, ‘Mungkin aku dan family belum cukup VIP’.
Weeiii aku and family aku ni tak cukup VIP weiii.
Kelakar dan sedih pulak kenang semula petang tadi. Kena “halau” dari Sky Lounge Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur ni.
Kisahnya kami baru check in.. dapat bilik complimentary dari HR Consultant kami sebab depa appreciate syarikat kami atas loyalty dah bertahun² ambil servis depa utk uruskan perihal HR kami.
Tq Pn Aina dapat suite apartment 3 bilik luas.
Lepas checkin sementara nak tunggu guests kami yang lain sampai, kami pun decide nak lepak-lepak minum kat lounge lah.
Naik tingkat 40. Sky lounge.
Wow lawa cosy. As usual nak lah bergambar buat kenangan.
Sempat lah amik sekeping kat luar. Nak bergambar kat dalam, mai staff tegur kami, “Cik datang nak buat apa, takleh bergambar kat lounge ni, lounge utk VIP..”
(Saya edit penambahan: since ramai yang kata kalau vip lounge memang kena dresscodes, rsvp bagai. Iye, saya tau tu semua, and biasa gi jugak. Tapi sejak bila sky lounge ni vip lounge? Kat iklan pun takde mention dresscodes? So adakah andaian general lounge = vip = dresscodes terpakai? Tak tau! Tak semestinya lounge je maknanya kedai kelasss gitu.. beza wehh)
Ok, tersentak juga saya jujurnya. Memang kecik hati.
Baru je cadang nak duduk-duduk minum Nescafe RM22 segelas and try western menu dia from RM70 sepinggan tu. Rasanya masih mampu je takat harga macam tu sesekali.
Tapi dah rasa kena halau macam tu, rasa kami ni kasta rendah je bukan VIP barangkali, tak layak nak merasa Nescafe sana.
Takpelah, kita turun je lah makan kat gerai-gerai viral Kg Baru depan tu je pun.
Janganlah cakap macam tu kat guests. Kot ye kalau ada private function ke, apa ke (tapi rasanya takde pun private function) bagitau la elok-elok lounge tutup ke apa ke.
Ni terus cakap takleh amik gambar sebab kawasan VIP and tanya kami buat apa kat situ. Mentang-mentang saya pakai selipar Hush Puppies je pun.
Minta tolong la jangan cakap mcm tu kat guests lain. Sedih tau.
Hahah 1st time weehhh kena sound macam tu. Hinoo kooo?
BACA :