Wanita ini kahwini lelaki Jepun, sekali ini hantaran yang diberi

Wanita ini kahwini lelaki Jepun, sekali ini hantaran yang diberi. Perkahwinan campur antara negara bukanlah perkara asing lagi dalam masyarakat di Malaysia

Sudah banyak pasangan yang kita lihat bertemu jodoh dengan suami atau isteri mereka yang berbeza negara. Mungkin ada yang bertemu jodoh semasa belajar atau bekerja di luar negara.

Bercakap soal jodoh, kita memang tidak tahu siapa pasangan hidup kita kerana ia merupakan rahsia Allah SWT yang sangat indah.

Jodoh dengan orang Jepun, pengantin perempuan terima ini sebagai mas kahwin
Seperti sebuah video yang tular di TikTok ini memaparkan majlis kahwin antara seorang wanita dengan suaminya dari Jepun telah mencuri tumpuan ramai.

Majlis akad nikah siap ada translator, pengantin lelaki beri mas kahwin 150 ribu yen

Menerusi perkongsian video daripada @ajwadazizan, kelihatan majlis pernikahan adik perempuannya sedang berlangsung di sebuah dewan.

Wanita ini kahwini lelaki Jepun, sekali ini hantaran yang diberi

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila pasangan pengantin perempuan itu berasal dari negara Jepun dan ketika acara akad nikah berlangsung, pengantin lelaki itu menggunakan bahasa ibundanya.

Lebih menarik perhatian, dua orang abang pengantin perempuan menjadi translator dan saksi semasa akad nikah sedang berjalan. Malah, pengantin lelaki memberikan mas kahwin sebanyak 150 ribu yen iaitu hampir RM5,000 kepada pihak perempuan.

“Yang aku faham watashi je. Tahniah! Moga kekal till jannah” – Warganet

@ajwadazizan Alhamdulillah selesai pernikahan Yoshiki dan adik, semoga sampai ke syurga amiin. #nikah #jepun #japan #kahwin #fyp ♬ original sound – Ajwad Azizan

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 618K tontonan, 61K tanda suka serta 483 komen di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru itu dan teruja melihat upacara pernikahan tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

@ajwadazizan Yoshiki @ Yusuf belanja makan “Dodol” Jepun. #jepun #japan #dodol #kuih ♬ original sound – Ajwad Azizan

BACA: 

Sany Hamzan terjah jalanraya di Hulu Langat, gesa JKR buat sesuatu segera

Isu curang, Dr Fadzillah Kamsah pula beri pandangannya