Wanita ini kongsi tip elak sampah berbau & berair.. Guna bekas sarang telur sahaja!

Wanita ini kongsi tip elak sampah berbau & berair.. Guna bekas sarang telur sahaja!

KEBIASAANNYA, bekas sarang telur yang sudah tidak digunakan akan dibuang.

Sebenarnya, ada manfaat lain yang ramai tidak tahu.

Antaranya, boleh digunakan untuk menghidupkan api atau menghasilkan asap untuk menghalau nyamuk.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan sarang telur itu untuk membantu mengelakkan bau dan menyerap air daripada sisa makanan di dalam tong sampah anda.

*SAMPAH KURANG BERAIR*

Itulah tip yang dikongsikan oleh Lina Idris menerusi page #kemasrumahwithhani

Katanya, bahagian bawah tong sampah itu diletakkan bekas sarang telur bagi membantu menyerap lebihan cecair.

Justeru, sampah kurang berair dan kurang berbau walaupun tak ada penutup.

Beliau turut menitipkan cara memilih tong sampah yang sesuai untuk kegunaan di dapur.

“Saya punya tong sampah bersaiz 30 liter. Sesuai untuk enam orang ahli keluarga dan satu hari punya sampah. Sebelum tidur buang sampah, lap dengan kain lap antibakteria pada bahagian tong sampah dan juga ruang di dalamnya.

“Pastikan ring di bahagian atas itu dibasuh dan keringkan. Esok pagi bangun tong sampah sudah kering. Terus pakaikan plastik baharu,” kongsi Lina lagi.

Berikut beberapa perkara yang beliau ambil kira ketika membeli tong sampah:

1. Warna: Sesuai dengan tema dapur black stone & grey mirror.
2. Mahukan yang nipis (rectangle) agar tidak ‘makan’ atau rugi ruang.
3. Tidak mahu nampak lebihan plastik sampah di bahagian tepi. Simpulan plastik juga tidak kelihatan.
4. Plastik sampah tu mesti sedang elok dan jika ada tali itu bonus. Bagi jenama yang dibeli itu mempunyai plastik sampah khas untuk saiz tersebut.
5. Berbolak-balik antara nak ambil yang ada penutup (step-on) atau terbuka (seperti dalam gambar). Akhirnya, ambil keputusan pilih yang jenis terbuka kerana kalau ada penutup, apabila sudah penuh tak perasan sebab ia tertutup. Jika ada sampah yang melekit, berminyak, berair semua, ia akan terkena pada permukaan dalam penutup itu. Bukan itu sahaja, jika masuk pada bahagian celah engsel sangat susah untuk dicuci.

Menurut Lina lagi, walaupun harga tong sampah itu jika ikut logik akal, agak ‘tak waras’, namun ia paling menepati semua ciri-ciri di atas dan hasilnya sangat memuaskan hati.

BACA JUGA:

Harga apam balik kekal 50 sen walaupun sudah 25 tahun berniaga, pelanggan tetap suka kerana ranggup walau dah sejuk

Kudapan yang enak, manis, pedas dan rangup! Popia sira ini wajib dicuba

Pesakit ekzema hadapi kesusahan untuk pelihara haiwan? Ada cara lain untuk bantu anda agar dapat tinggal bersama haiwan kesayangan