Wanita ini masih gagah bekerja di restoran McDonald’s walau sudah berusia 90 tahun

Wanita ini masih gagah bekerja di restoran McDonald’s walau sudah berusia 90 tahun.

Tamiko Honda yang berusia 90 tahun mungkin boleh dianggap sebagai pekerja McDonald’s yang paling setia di Jepun.

Ini kerana pada usia senja, wanita dari bandar Kumamoto ini masih gagah bekerja lima hari seminggu di cawangan McDonald’s di Chu-ku.

Rutin hariannya menyaksikan wanita itu bangun seawal jam 4.00 pagi dan masuk ke tempat kerja pada jam 7.30 pagi.

Wanita ini masih gagah bekerja di restoran McDonald's walau sudah berusia 90 tahun

Difahamkan, Cik Honda turut mengulangi rutin sama sepanjang 23 tahun lalu dan sehingga kini tiada tanda menunjukkan yang dia mahu bersara.

Menurut akhbar Kumanichi, Cik Honda merupakan kakitangan paling tua daripada 190,000 kakitangan wanita McDonald’s di seluruh negara itu.

Tambah akhbar tersebut, keluarga Cik Honda menggalakkan wanita itu supaya bersara namun dia menegaskan bekerja adalah salah satu cara untuknya kekal sihat.

Akhbar Kumanichi sebelum ini melaporkan rekod pekerja paling tua McDonald’s di Jepun dipegang oleh seorang datuk berusia 95 tahun yang bekerja di cawangan Toyama.

Namun, Cik Honda kekal memegang rekod pekerja paling lama berkhidmat dengan restoran segera tersebut.

BACA :

‘Setahun aku tak disentuh, aku terjebak perkara terlarang. Aku dipukul selepas suami dapat tahu’
‘Pembeli dia tak tahu berapa harga penjual dapat harga’
Kanak-kanak 9 tahun maut dicekik abang kandung, ‘Ibu nampak abang cekik adik melalui CCTV’