Wanita Lapor Polis Dicabul Ahli Majlis Daerah Hulu Terengganu

Seorang jurujual tampil membuat laporan polis pada 3 Disember lalu yang mendakwa dirinya telah dicabul oleh seorang ‘ustaz’.

Dalam laporan berkenaan, wanita berusia 30 tahun itu mendakwa, kejadian tersebut berlaku pada 22 November lalu pukul 8.30 malam di Kampung Tapah, Kuala Berang.

“Saya telah ‘berubat’ dengan seorang ustaz. Semasa rawatan tersebut, saya telah dimaklum oleh ustaz bahawa saya telah terkena buatan orang.

“Semasa rawatan itu dilakukan, ustaz berkenaan telah memegang payu dara saya, memegang kemaluan saya serta mencekik leher saya,” lapor wanita itu.

Sesi kedua rawatan dibuat pada 24 November di rumah pengadu di Kampung Pasir Puteh, Tepuh.

“Selesai rawatan ustaz tersebut meminta izin untuk mencium saya tetapi saya memberi tahu tidak boleh,” lapornya.

Mencurigai perbuatan itu, saya telah merujuk perkara itu kepada Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ di Kuala Ibai.

“Pihak Darussyifa’ meminta saya membuat laporan polis,” ujarnya.

Menurut rekod, ustaz tersebut adalah Ahli Majlis Daerah Hulu Terengganu dan aktif dalam kerja kebajikan melalui sebuah NGO, Sahabat Cakna Malaysia (SCM) Hulu Terengganu.

Sumber:https://www.terengganureport.com/2020/12/wanita-lapor-polis-dicabul-ahli-majlis.html