Wanita mengandung 7 bulan didakwa jerut leher warga emas, cuba merompak

Wanita mengandung 7 bulan didakwa jerut leher warga emas, cuba merompak.

Apa nak jadi ni kak? Tak sangka seorang wanita yang sarat mengandung 7 bulan sanggup lakukan perkara macam ni.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh didakwa telah menjerut seorang warga emas dan menacukan pemutar skru kepada seorang warga emas.

Wanita mengandung 7 bulan didakwa jerut leher warga emas, cuba merompak

Wanita sarat mengandung mengaku tak bersalah.

Tertuduh, Nor Fahtihah Ahmadi bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd Idzham Naim Che Ani terhadap tuduhan cubaan merompak.

Tertuduh didapati melakukan perkara itu pada jam 10 pagi hingga 11 pagi pada 22 jun di Kampung Tanjung Chat, Jalan Sungai Keladi, Kota Bharu. Mangsa pula dikenali sebagai Romainur Daud berusia 64 tahun.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 7 tahun dan denda mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

BACA :

Peniaga kongsi rahsia cara buat bancuhan tepung pisang goreng yang rangup & banyak serdak
Pemuda tampil bersuara bagi pihak lelaki B40, ‘Semua isteri nak suami macam Hafiz Mahamad’
Awas! 3 warna kereta ini jadi kegemaran burung buang najis