Warga emas maut selepas lakukan hubungan intim dengan kekasih gelap

Warga emas maut selepas lakukan hubungan intim dengan kekasih gelap. Seorang warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas melakukan hubungan intim bersama teman wanitanya di sebuah hotel di Sulawesi, Indonesia.

Warga emas maut lepas lakukan hubungan intim

Memetik laporan Makassar Kompas, mangsa yang berusia 60 tahun itu masih berstatus suami orang ketika melakukan perbuatan terkutuk itu. Menurut wanita itu, dia dan mangsa telah ‘check in’ di hotel berkenaan selepas mereka berdua makan tengah hari.

Warga emas maut selepas lakukan hubungan intim dengan kekasih gelap

Sepanjang empat jam berada di bilik berkenaan, mereka telah melakukan hubungan intim. Selepas itu, mangsa dikatakan tidak sihat dan mengalami kesukaran bernafas sebelum rebah di dalam bilik mandi.

Panik melihat keadaan mangsa, wanita berusia 60 tahun itu bertindak melaporkan mengenai perkara itu kepada petugas hotel. Berdasarkan pemeriksaan hospital mendapati, tiada sebarang tanda kekerasan. Menurut laporan, keluarga mangsa termasuk isteri dan anaknya menolak untuk dilakukan bedah siasat ke atas jenazah mangsa.

BACA:

Ramai tersentuh lihat aksi anak kecil ini ikat tali kepada ibu bapa buta untuk tunjuk jalan

Tular video lucah mirip pelakon kanak-kanak popular

95 orang Islam ditahan kerana minum arak