White yakin Khabib akan kembali

Khabib Nurmagomedov mungkin akan berdepan pemenang antara Conor McGregor dan Dustin Poirier.

Itu kenyataan bos UFC Dana White, yang yakin Khabib akan keluar daripada persaraan untuk satu pertarungan terakhir.

“Saya rasa ada peluang cerah untuk dia melakukannya. Bapanya mahu dia mencukupkan 30-0, dia amat beremosi pada perlawanan terakhir lalu.

“Banyak yang sudah dilaluinya, jadi saya rasa dia akan melakukannya,” kata White.

Selain McGregor dan Poirier, White turut menyenaraikan Tony Ferguson dan Michael Chandler sebagai calon kategori lightweight yang berpotensi menentang Khabib.

McGregor akan menentang Poirier – yang pernah ditewaskannya pada tahun 2014 – pada 23 Januari ini.

Atlet Ireland itu tidak pernah bertarung dalam kategori lightweight sejak tewas kepada Khabib pada tahun 2018

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2020/11/756577/white-senarai-empat-calon-lawan-khabib