Yassin Senario ‘sekolahkan’ pelawak, sanggup buka aib kerana mahu orang ketawa

PELAWAK Yassin Yahya berpesan kepada semua pelawak agar menjaga sensitiviti ketika melakukan persembahan.

Selama 23 tahun berada dalam industri komedi, Yassin, 45, berkata dia teringin untuk berkongsi ilmu kepada pelawak baharu mengenai dunia lawak ini.

“Orang sekarang nak kejar nama dengan cara pelbagai, ada yang guna cara mencaci dan tak boleh nak elak sebab ini adalah zamannya.

Yassin Senario ‘sekolahkan’ pelawak, sanggup buka aib kerana mahu orang ketawa

“Bila saya tengok sendiri ramai orang nak buat lawak, tapi bila nak buat lawak macam-macam perkataan lucah yang keluar.

“Sebab apa? Sebab lawak sekarang tiada peraturan, jadi sampai satu tahap perkara itu perlu ada.

“Hampir 23 tahun dalam industri saya teringin nak berkongsi pengalaman selama 20 minit, saya buat kelas asas lawak sebelum pelawak baharu lebih dikenali,” katanya kepada pemberita.

TONTON VIDEO TEMUBUAL DI BAWAH:

BACA :

‘Mak asyik bagi makan maggi je, ayah bos syarikat besar tapi kedekut..’
Ketua SPRM dedah lebih seorang dari ahli politik disiasat naungi aktiviti judi haram dalam talian
‘Mana kau dapat gelaran Ustaz, yang melayakkan kau bawa title ustaz?’ Adlin sekolahkan Ustaz