Yusuf Haslam beri nasihat kepada Puteri Sarah supaya lakukan perkara ini. Puteri Sarah Liyana ‘sorok’ kemelut rumah tangga dengan suami yang juga merupakan pengarah filem, Syamsul Yusof selama empat tahun yang didakwa berpunca daripada Ira Kazar.
Menurut sarah bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam pernah menghalang dirinya duduk di rumah dan meratap dengan apa yang berlaku.
Ya betul. Macam mana saya ada kekuatan untuk bekerja adalah datang daripada bapa mentua saya. Dua tahun lalu dia ada cakap suruh saya berlakon, jangan duduk rumah.. menangis dan makan hati.
Fokus dekat penggambaran dan jaga anak-anak. Masa mula-mula saya nak buat, memang tak ada kekuatan, rasa takut. Bila dah mula kerja, jadi ketagih asyik back to back.
Saya nak jadi Sarah yang dahulu maksudnya yang bekerja dan ada konfiden dengan diri sendiri.
Ditanya sama ada anak-anak faham situasi sebenar, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memilih untuk merahsiakan.
Anak-anak sampai sekarang tak tahu. Masa saya pergi Singapura, saya tinggalkan anak-anak dengan datuk dan datin.
Jadi mereka fikir pergi jumpa atuk, nenek dan sepupu.
Alhamdulillah mereka dikelilingi orang-orang yang positif dan supportive itu yang saya perlukan. Saya tak nak mereka hidup dengan toksik jadi saya keluarkan.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.
Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.
Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
BACA:
Sherry Al-Hadad terlalu over, kata netizen
Hidangan kepala ular kejutkan penumpang kapal terbang ini
NGO desak tindakan diambil terhadap rokok dan vape, ini puncanya