Bayi 8 bulan maut terkena renjatan elektrik, terkunyah wayar charger

Bayi 8 bulan maut terkena renjatan elektrik, terkunyah wayar charger.

Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan disahkan maut selepas terkena renjatan elektrik di Bengaluru, India.

Kunyah wayar pengecas

Bayi 8 bulan maut terkena renjatan elektrik, terkunyah wayar charger

Memetik laporan Gulf News, bayi yang bernama Sanidhya Kalgutkar itu dipercayai maut selepas mengunyah wayar pengecas mudah alih.

Menurut pihak polis, pengecas mudah alih itu dibiarkan dalam keadaan disambungkan ke soket tanpa dimatikan suis.

Bayi tersebut yang pada awalnya hanya memegang kemudiannya disahkan maut terkena renjatan elektrik kerana mengunyah pin wayar pengecas mudah alih tersebut.

Menyedari perkara itu, ahli keluarga dengan pantas membawa Sanidhya ke hospital daerah namun, pihak hospital gagal untuk menyelamatkan mangsa.

Pihak polis kini membuka kertas siasatan dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian mangsa.

BACA :

Ibu nyaris kehilangan anak buat selamanya akibat sering geletek, ‘Alya tiba-tiba kejang dan suara tersekat sekat’
‘Setahun aku tak disentuh, aku terjebak perkara terlarang. Aku dipukul selepas suami dapat tahu’
‘Kalau kau ada duit pun confirm kau beli, kalau takde duit duduk diam-diam’