‘Cerita pasal jual beli rumah semakin mahal, ini cara nak ‘pancung’ kapitalis gila’

‘Cerita pasal jual beli rumah semakin mahal, ini cara nak ‘pancung’ kapitalis gila’.

Ini salah satu solutionnya.

'Cerita pasal jual beli rumah semakin mahal, ini cara nak 'pancung' kapitalis gila'

If aku KERA JAANG :

1. Penjual hanya boleh jual rumah kepada pihak kerajaan sahaja.

Kenapa ?

Sebab aku taknak ada budaya markup, ada cashback padahal tu kelentong semua.

Itu HUTANG yang kena bayar dengan kadar interests dan riba.

Seperti yang dibuat zaman sekarang, rumah harga RM200k, tapi markup loan riba sampai RM230k, RM30k dia anggap cashback, padahal tu semua hutang riba.

So bila penjual jual rumah kepada kerajaan, rumah hanya dibeli dengan harga ikut harga kerajaan, bukan harga ikut pembeli letak.

Setuju jual, tak setuju takyah jual. Take it or leave it. Ada ke patut rumah nak dijadikan sebagai investment pulak. Rumah ni tempat tinggal. Keperluan asas manusia.

Aku taknak berlaku harga rumah jadi tak terkawal sebab adanya geng2 kapitalis yang membeli rumah bebanyak guna riba bank kemudian kasi sewa kat tenant.

Dengan sewa tenant tu dia bayar riba then dia bangga rumah tu jadi hak dia dengan pijak kepala tenant, dia rasa tenant bodoh sebab tolong bayar riba dia padahal di alam sana dia menggelupur kepanasan diazab.

Sewa halal. Riba beng kau buat tu haram.

2. Setiap ketua keluarga isi rumah hanya boleh beli 1 sahaja rumah.

Kenapa ?

Sebab aku taknak budaya kapitalis menusuk masuk, yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin.

Aku taknak geng2 jilake ni ada rumah bebanyak, simpan untuk kroni2, anak beranak dia untuk tunjal kepala orang2 miskin dengan bagi sewa.
Padahal bukan dia beli secara cash, tapi secara riba.

Kalau cash puas hati jugak beli sampai 10 biji pun. Dahlah beli rumah cara riba, pi bedal pulak rumah low cost lenjan cukup2.

Riba tu pun ambik duit dari penyewa. Penyewa tu aqad sewaan so halal lah, walaupun duit sewa tu so called landlord wat bayar riba selama 30 tahun. Bila dah takdak penyewa mula menggelupur nak bayar duit sendiri jenis kaki sengkek tak sedar diri.

Nak beli rumah dengan aku aka kerajaan ni kena ada wang pendahuluan untuk buktikan komitmen kau sebagai pembeli.

Lets say rumah harga RM100k, at least kau kena ada 30% wang. Beerti RM30k kena bayar so balance RM70k aku kasi bayaran secara ansuran.

Lambat bayar takdak riba. Tapi kena bagi alasan kukuh kenapa lambat. RM70k sampai mati pun itulah kau kena bayar.

Paling senang aku buat bayaran bulanan tu direct potong daripada gaji bulanan kau alah macam potong kwsp tu lah. So kau takkan ada peluang untuk liat bayar.

3. Aku sebagai PM akan hire kontraktor rumah under kerajaan.

If kerajaan beli rumah dengan pemaju confirm harga rumah dia letak kaw2 mahal coz dia tahu orang boleh bedal loan riba cuba kalau cash confirm harga turun kaw kaw punya. Ikut suka hati dia je.

Pastu pulak akan ada geng2 yang jual rumah kepada kerajaan ni makan untung atas angin. Ala geng2 broker maut tu lah.

Thats y kerajaan kena ada kontraktor sendiri untuk bina rumah buat rakyat.

Sebab pemaju ni akan markup kaw kaw harga rumah. Sebab dia tau dengan adanya bank so mudah untuk beli rumah cara riba ni. Tapi effect nya kau tengok sekarang ni harga rumah makin menggila dah sebab senang orang nak beli rumah bedal loan riba je.

Bila terlalu mudah untuk beli rumah dengan adanya loan, so harga makin lama makin mahal. Loan pulak + riba.

Ok meh aku explain kenapa harga rumah makin mahal ? Ini bukan sebab inflasi organik iaitu soal supply and demand. Tapi ini kerana riba.
Kenapa riba ?

Sebab dengan riba yang ada interests harga rumah makin meningkat. Bukan kerana supply and demand. Isu utama kerana riba. Harga rumah asalnya RM300k jadi melambung sampai RM600k bila guna khidmat bankers.

Sama seperti jabatan2 lain yang di bawah kerajaan, kontraktor pun boleh ada under kerajaan memandangkan banyak sekarang pemaju yang menipu, yang markup harga kaw2 yang menindas pihak pembeli.

Yang collect duit booking sebab rumah tak wujud lagi pun ada lepas tu lesap macam tu, banyak geng2 ni ada di shopping complex siap dengan banner, dengan plan lagi rumah tak tau kat mana pun lagi.

4. Nak beli rumah boleh beli hanya dengan kerajaan tanpa saluran lain.

Tidak ada istilah LOAN riba. Lets say harga rumah di Damansara RM200k. So harga tetap RM200k sama ada lambat bayar dari tempoh asal, takde sebarang penalty, caj tersembunyi, gharamah. RM200k ni dibayar secara ansuran.

Aku takkan buat sepertimana so called islamic banking, twist sana, spin sana kononnya melakukan aqad jual beli hakikatnya tidak pun itu hanyalah manipulasi.

Ini memang real business, aku ada senarai fizikal rumah yang dibina under kontraktror aku sendiri. Bila kontraktor buat sendiri of course lah aku dapat lagi murah.

Contoh kau nak berniaga, takkanlah kau pergi beli barang dari peruncit mestilah kau ambik barang dari supplier pemborong besar. Beli dari peruncit memanglah harga tu mahal dah, kau nak jual pulak berapa ?

Same case lah dalam bab rumah ni aku akan direct bina rumah under my own contractor.

Semua cost aku tanggung inilah baru dinamakan real business ada risiko bukannya takde rumah tapi nak bisnes buat2 jela ada jual beli padahal rumah tu hak orang lain. Haha aku kan kerajaan.

Macam jugaklah pasal rumah ni, kau mesti dapatkan dari pembekal, supplier, kontraktor, pemaju secara pukal.

Kau beli dari orang secara individu / peruncit, memanglah dapat harga RM300k, harga peruncit memang macam ni, so terpaksalah kau markup riba jadi RM600k atas alasan jual beli walhal bukan jual beli pun.

Habistu rugilah kerajaan ? Apa pulak ruginya. Untunglah. Takkan tak pandai berniaga. Rumah dibina secara pukal, semua dana under kerajaan, tu pun hasil duit korang jugak bayar itu ini kat aku sebagai kerajaan.

Contoh kos pembinaan sebiji RM150k. Jual semula RM200k. Takkan rugi lagi, nak jual RM250k pun lantak lah sebab takdak riba pun, rumah dah jadi hak sempurna milik kerajaan. Dah kata kerajaan ni membantu kan.

So takkan nak bedal riba lagi. Dahlah Allah dan Rasul isytihar perang.

Bukan macam bankers takdak rumah, bila Abu berhasrat nak beli rumah, dia pun pura2 beli rumah tu konon elak riba, harga rumah RM200k, dia henjut sampai RM400k jual balik kat ABu.

Abu yang bodoh ni hangguk jela walaupun menitis air mani keluar. Guna istilah pembiayaan walaupun itu hanyalah pinjaman, lewat bayar kena penalty guna istilah gharamah dan ganti rugi ta’widh. Langsung takdak risiko untuk bisnes.

Lainlah kalau sejak awal lagi rumah tu hak milik bankers, dia nak letak berapa pun lantaklah. Setuju beli, tak setuju takyah beli. Ini semua cara taknak tanggung risiko kerugian bila simpan stok rumah.

So aqad berlaku hanya 2 pihak antara kerajaan sebagai penjual dan pembeli rumah. No 3rd party. Takdelah jadi harga rumah RM200k tetiba melonjak sampai RM400k, so nak jual dari RM400k tu pulak buat loan jadi pulak kena bayar RM800k then makin lama makin mahal rege.

Actually cara ni harga rumah kembali turun dan stabil. Harga barangan keperluan asas lain pun ada harga lantai harga siling.

5. Plan sewa

If aku kerajaan, aku akan sediakan rumah untuk disewa. Penyewa bayar kepada kerajaan secara bulanan.

Yang ni direct potong dari gaji. Rumah sewa ni kekal sebagai sewa takkan dibuka untuk jual melainkan ada pindaan kerana berubahnya demografik dan sebagainya.

Plan sewa ni takkan jadi 2 aqad dalam 1 transaksi like hire purchase untuk menipu Allah. Even buh nama ijarah tsumma bai pun apa bai sekalipun Allah tidak semudah itu untuk kalian tipu.

Flipper ke, kapitalis ke takkan boleh lagi guna cara riba untuk beli rumah kos rendah pastu kasi sewa. Dia bolehlah beli coz bedal loan riba, cuba cash mau terberak cair dalam seluar.

Nak bayar bulan2 riba dia tu pun sampai kena tulis ebook ajar orang bedal riba, sampai kena wat seminar coz tak mampu bayar liabiliti riba bulanan tu. Pastu ada hati nak ajar orang miliki aset konon. itu bukan aset itu libaliti riba yang bukan milik kau pun.

Yang bekerja boleh buat potongan terus untuk sewa rumah ni, rumah kan penting. Alah potongan KWSP boleh buat takkan potongan untuk rumah as tempat tinggal takleh buat. Apadaaa.

Inikan pulak untuk tempat tinggal as keperluan asas.

Sewaan ni bagi yang takdak dana untuk kumpul duit pendahuluan atau untuk golongan bujang yang masih belum ada keluarga.

Sewa bulanan ni lebih murah daripada beli bayar secara bulanan tu.

Contoh yang beli rumah sebulan bayar RM1000 untuk rumah, yang sewa ni RM500 je. Yela sebab bila bayar dia tak miliki rumah tu, patutlah dia bayar sikit je. Tetap jadi hakmilik kerajaan.

Yang bayar rm1000 tu cepatlah habis rumah tu so aku as kerajaang bolehlah pusing duit tu ke lain lagi.

Cara sewa ni hanya kerajaan je boleh buat, yang lain jangan harap nak ada peluang untuk bagi sewa rumah kat orang.

Sebab aku taknak budaya menindas, dia beli rumah dengan kerajaan orang lain kena bayar secara bulanan kepada kerajaan i mean penyewa tu kena bayar.

Ini nak elak geng kapitalis jilake buat taik kat golongan marhein padahal dia pun marhein jugak tapi teknik jilake kapitalis ni buatkan dia tu kononnya nampak macam landlord.

So thats y aku hadkan kuota setiap isi rumah 1 keluarga hanya miliki 1 sahaja rumah. Melainkan dalam keluarga dia tu ada yang dah berkahwin dan berkeluarga so dia boleh beli 1 sahaja rumah untuk keluarganya.

Tak boleh 1 keluarga ada 2 rumah, nanti dia akan bagi sewa pada orang lain, orang lain kena bayar sewa, duit sewa tu dia buat bayar kat aku sebagai kerajaan.

Tempat tinggal ni keperluan asas, so bila diperdagangkan keperluan asas ni jadilah budaya menindas harga pun makin melambung.

6. Jual beli rumah hanya dengan kerajaan.

If kau nak jual atau beli rumah hanya dengan kerajaan sahaja.

So benda ni berakhir hanya dengan 2 pihak sahaja, no 3rd party.

Katalah Abu mulanya takdak rumah, dia berkenan dengan rumah triple storey ni.

Aku sebagai kerajaan buat kiraan, bukan aku lah tapi jabatan perumahan, wakil aku. Aku PM kerja lain banyak lagi nak buat.

Kira sup sap sip sop. Kos binaan rumah RM200k.

So aku jual RM350k. Untung RM150k.

Sebenarnya ini kiraan kasar je, sepatutnya kena kira detail bayaran bulanan berapa tahun tempoh tu semua. So Abu beli harga RM350k. Dia bayarlah 50 % sebab rumah ni high class punya RM175k.

So dia hutang dengan kerajaan RM175k lagi dibayar secara ansuran.

Lepas beberapa tahun dia nak rumah lain. Dia boleh trade in je rumah tu. Jual rumah lama tu balik kepada kerajaan dan beli rumah baru yang dia nak tu dari kerajaan. Rumah lama tu terpulanglah kerajaan nak jual kepada siapa yang dia nak.

So takdaklah sebarang manipulasi harga bila kerajaan berhubung direct dengan penjual dan pembeli.

SO dengan plan ni takdak ruang untuk geng kapitalis melayarkan dan melebarkan sayapnya untuk terus dagangkan rumah.

Ini just plan bodoh2 je bukan betul2 pun. Saja bergurau ngan ahli riba wal jamaah.

Mesti ramai sentap. Nak jugak bekap riba.

Dia pulak tolong pikir pasal riba beng. Kalau beng tak ambil riba, macam mana nak bayar gaji pekerja, sewa bangunan, api air tu semua pakai duit.

Adoila, risau dia takut beng takleh berterusan berperang dengan Allah dan Rasul. Dia ni muslim tapi dia lebih bekap mereka yang menentang Allah dan Rasul.

Dalam solat dia sebut nama Allah Maha Besar. Tapi lepas tu dialah yang menentang Allah, pelbagai syubhah dia timbulkan seolah2 Allah ni silap pi haramkan riba sepatutnya kena halalkan orang nak rumah kereta. Dia pulak nak mengajar Allah yang Maha Bijaksana.

Allah ni sayang kepada hambaNya lebih lagi dari mak ayah sayangkan kita sebab tu Allah haramkan riba Dia tahu mana baik dan buruk untuk hambaNya Allah sekali2 takkan aniayai hambaNya.

Kalaulah dajjal datang, of course dajjal akan diikuti oleh makhluk yang tak beriman kepada Allah dan Rasul. Loan riba pun dia taknak tolak apatah lagi Dajjal yang boleh bagi macam2 harta kekayaan free je tanpa ada loan pun.

Risau betul depa bila takdak rumah di dunia fana seketika je ni. Rela hilang rumah dan mahligai di syurga. Dia tak takut langsung ancaman Allah kekal dalam neraka terhadap pelaku riba.

Rela bedal riba untuk tinggalkan rumah riba buat keluarga. Bila dia mati menjawablah azab di dalam kubur sana tu. Pasangannya siap nikah lain cuci kaki masuk rumah hasil riba tu.

Padan muka u, i dah nikah lain, u mampos sorang2 i peduli apa, i bahagia seketika di dunia ni pun jadilah, u merasalah di sana coz bedal riba.

Hidup tak lama beb, tengok firaun tu senang lenang hidup atas dunia, tapi berapa lama azabnya di akhirat.

Kau hidup ni nak jadi hamba Allah atau hamba iblis yang sentiasa bisikkan kau dengan kemiskinan sedangkan kau lupa ke Allah Maha Kaya.
Allah dah janjikan Dia hapuskan riba dan suburkan sedekah.

Yamhakullahu riba wayurbissadaqat. Yang bedal riba sure dia ni kedekut dan sayang untuk bersedekah.

Dia rela bayar riba RM5000 sebulan untuk rumah, kereta, tapi dia sayang untuk bersedekah, kalau sedekah pun rm50 je, nak korban lagi lah sayang walaupun setahun sekali sebab dia dah jadi pengikut setia iblis dan dajjal iaitu riba lah segala galanya.

Allah baru uji sikit je dah tewas pun. Syurga Allah tu mahal harganya. Di sana kau hanya ada 2 tempat sahaja iaitu lembah kejayaan dan lembah kebinasaan.

BACA :

‘Siapapun anda jika kita bertanggung jawab untuk salurkan zakat dan bantuan, permudahkanlah’
‘Kalau amalkan benda ni, In Shaa ALLAH rezeki akan melimpah ruah’
Wanita meninggal dunia gara-gara taksub nak ramping