‘Siapapun anda jika kita bertanggung jawab untuk salurkan zakat dan bantuan, permudahkanlah’

‘Siapapun anda jika kita bertanggung jawab untuk salurkan zakat dan bantuan, permudahkanlah’.

Hari ini saya perasaan saya bercampur baur sedih dan geram.

Pagi tadi tiba tiba dapat panggilan telefon dari ibu seorang pelajar.

'Siapapun anda jika kita bertanggung jawab untuk salurkan zakat dan bantuan, permudahkanlah'

“Dr sampai hati depa perlekeh anak akak, sedih sangat, Ali tak pernah menangis tapi harini dia call akak menangis”.

Apa cerita kak? Cuba cerita kat saya.

Alkisah Ali pergi interview untuk dapatkan zakat sara hidup belajar di universiti. Ali seorang pelajar tahfiz sangat cemerlang cgpa 4 flat. Akademik pula 3.56.

Panel marahkan Ali sebab kononnya Ali boros pakai duit Mara sebab tu tak cukup. Ali sampai terkedu tak tau nak buat apa. Sampai last Ali nak keluar panel tu tanya.

“Mak ayah awak kerja apa?”. Ali jawab ayah saya dah meninggal mak kerja tak tetap. Jadi dropship kadang jual ayam frozen.

Panel terdiam dan Ali keluar. Ali menangis telefon emaknya mengadu, Ali terasa diri hina. Terasa diri diperlekeh. Kesian Ali(bukan nama sebenar).

Saya terus mesej dan jumpa Ali bercakap bagi semangat dan panjangkan aduan ibunya.

Hati saya menangis sebenarnya melihat Ali yang tiada ayah, ibunya susah.

Saya katakan kat Ali nanti kalau tak dak duit bagitaulah tak perlu minta kat ibu.

Kisah ini sebagai teladan kepada kita semua, siapapun anda jika kita bertanggung jawab utk salurkan zakat dan bantuan. Permudahkanlah.

Permudahkan urusan orang lain supaya orang senang hati dengan kita.

BACA :

‘Aku dah tengok 7 perkara pelik menimpa mayat-mayat sepanjang aku gali kubur untuk curi kain kafan’
Bapa taknak duduk berjauhan, bina rumah seorang satu untuk anak menantu
‘Kalau diingat lagi keadaan masa tu.. Rasa seriau dan trauma!’