‘Dalam kefakiran dia masih ada segan. Dalam serba kekurangan dia masih ke masjid mencari Tuhan’

“Betoi ka pakcik ada duit lagi?”

“Ada ada…” Dia jawab dalam gelak² kecik. Aku tanya lagi.

“Betoi ka ada?”

'Dalam kefakiran dia masih ada segan. Dalam serba kekurangan dia masih ke masjid mencari Tuhan'

“Ada heh heh.”

Macam tu pakcik ni jawab masa aku hantaq barang dapoq pi rumah dia tadi. Ini pakcik yang duduk 3 beranak menyewa rumah kecik dalam kampung.

“Alhamdulillah hari ni makan sedap.” Dia kata lagu tu sambil menyambut ayam mentah dengan teloq sepapan. Tersenget senget dia berdiri menahan sakit di lutut.

Aku tanya lagi…

“Duit zakat bila masuk?”

“Besa hujung² bulan masuk la.”

Aku congak, hari ni baru 21hb. Ada lebih kurang 10 hari lagi kot. Maka, ‘ada ada’ dia tu aku boleh agak ‘ada’ yang lagu mana. Gelak orang ada duit dengan gelak orang tadak duit pun ada beza dia. Pasai aku pun kadang² gelak macam tu jugak. Jadi, aku tau la apa nak buat.

Aku tanya lagi…

“Kat rumah ni kalau nak makan pakcik masak ka beli kat kedai?”

“Kadang² masak kadang² beli. Makcik kerap tak sihat.”

“Beli lauk yang macam mana?”

“Kuah gulai, sayoq. Kadang² ayam seringgit yang dok juai depan sekolah tu.”

“Ok. Lepas ni pakcik pi kedai Fatin tu habaq dia saya bayaq.”

Dia tersengih sengih…

“Takpa ni pun dah cukup banyak. Pakcik segan nak mintak kat orang.”

“Ni bukan pakcik mintak kat saya. Pakcik mintak dengan Tuhan, saya tolong mai hantaq ja. Boleh pakcik?”

Dia gelak lagi. Heemmm dak huuu pun dak.

Aku minta diri, pulas motor pi kedai Fatin Corner lauk murah kat Pongsu Seribu dan bercakap dengan adik manis jaga kaunter. Nama dia Fatin Athirah . Aku tunjuk gambaq pakcik tu kat dia.

“Adik manis. Kalau pakcik ni mai beli lauk, tolong masuk buku 555, nanti saya bayaq”

“Baik abbiang yang hensem (hat ni aku tipu).” Dan kami bertukar tukar nombor telefon. Eewwaahhh…

Moga dipermudahkan pakcik ni. Dalam kefakiran dia masih ada segan. Dalam serba kekurangan dia masih ke masjid mencari Tuhan. Maka renung renungkanlah diri kita. Di mana segan kita, di mana kita letakkan Tuhan.

BACA :

‘Isteri mengidam bau ex, tiap hari dia minta.. Bila jumpa ex nya, aku rasa pelik’
‘Minggu lepas kecoh pasal abang polis ni jumpa cik PONTI..’
‘Saya pun bodoh time tu, terikut ikut dengan trend kawin muda ala islamik bercinta selepas nikah’