‘Dari segi lirik memang mahal lagu ni. Antara yang saya paling minat line “Serebrum di patella” – maksudnya otak di lutut’

‘Dari segi lirik memang mahal lagu ni. Antara yang saya paling minat line “Serebrum di patella” – maksudnya otak di lutut’.

Single Sedih Hati ini ada 7 versi lagu yang dikumpulkan dalam satu CD. Terasa old school apabila dengar single macam ni. Lagu ini adalah single daripada album Malique IV yang akan datang.

'Dari segi lirik memang mahal lagu ni. Antara yang saya paling minat line "Serebrum di patella" – maksudnya otak di lutut'

Ini senarai lagu dalam CD ini:

  1. Sedih Hati
  2. Sedih Hati (Acoustic)
  3. Sedih Hati (Tulah Remix)
  4. Sedih Hati Instrumental
  5. Sedih Hati (Tulah Remix) Instrumental
  6. Sedih Hati A Cappella

Dari segi lirik memang mahal lagu ni. Antara yang saya paling minat line: “Serebrum di patella” – maksudnya otak di lutut. Haha. Tu tak masuk lagi line penutup, “Namanya karma, namanya tulah nah kau rasakan“.

Boleh dikatakan ini jenis lagu yang kita kena dengar dan setiap line boleh google dan kena duduk fikir apa yang Malique rujuk dalam lirik lagu.

Dalam tiga versi pertama, mood yang disampaikan dalam setiap versi (versi asal, versi Acoustic dan versi Tulah Remix) lain. Dari segi mood dark, Tulah Remix yang paling terasa nak bergaduh. Kalau nak bop sambil rasa intelektual, saya cadangkan loop berulang versi asal.

Kepada peminat vibe akustik, petikan gitar Ritz Metalasia dalam versi Acoustic memang puas, apatah lagi boleh dengar dengan teliti dalam versi instrumental yang disertakan. Kalau nak bunyi gitar elektrik tu ada dalam Tulah Remix.

Secara ringkasnya, kalau anda peminat hip hop Malaysia, apa lagi tunggu, dapatkan single ini sementara masih ada, sekiranya masih ada.

BACA :

Malique terbit lagu baru dengan suara arwah Mona Fandey bikin netizen meremang!
‘Ramai tak tahu lagu Sedih Hati ini membawa tema kritikan sosial kepada politikus yang korup’
‘Saya cuba betulkan keadaan supaya anda semua tidak berdosa’ – Anak Mona Fandey