‘Dina nak tunang, aku yang ragu-ragu. Aku ada bukti, aku tahu siapa dia sebenarnya’

‘Dina nak tunang, aku yang ragu-ragu. Aku ada bukti, aku tahu siapa dia sebenarnya’.

Si Gay Berniat Berkahwin Dengan Kawan Aku

Saya hanya meminta nasihat dan pandangan.

Kelmarin, saya baru mendapati berita bahawa kawan saya Dina (bukan nama sebenar) akan bertunang dengan seorang gay yang bernama Adzrul (bukan nama sebenar).

'Dina nak tunang, aku yang ragu-ragu. Aku ada bukti, aku tahu siapa dia sebenarnya'

Tetapi, Dina setakat ini tidak mengetahui bahawa bakal tunangnya seorang songsang atau sejarah kelakuan bakal tunangnya tu.

Malahan, yang beritahu saya bahawa si-Adzrul ni g4y adalah suami saya. Kerana bekas pasangan Adzrul yang berjantina lelaki adalah sabahat kerja setempat suami saya.

Dan bekas dia itu sememangnya terbuka terhadap s3ksualitinya dengan sahabat sahabat rapat.

Saya pun kenalnya secara peribadi.

Bekas tu memang rasa sedih dan beremosi seperti belum ‘move-on’ lagi dan menyebabkan perkongsian pelbagai cerita terhadap perhubungan mereka dan kelakuan si-Adzrul ni.

Mendapati bahawa Adzrul ni memang suka cari ramai lelaki untuk melakukan hubungan songsang.

(Untuk mengurangkan aibnya, huraian kesundalannya tidak akan dikongsikan disini. Bukti dari sumber alam maya sudah dicari, disahkan, dan disimpan oleh saya).

Adzrul pula berkata dengan kawannya bahawa dia ada tekanan daripada keluarga dan saudara maranya untuk berkahwin kerana umur sudah mencapai 30an.

Tambahan pula, dia mengunakan alasan ‘telah bertaubat’ (tetapi masih ada je cari lelaki lain, salah guna agama).

Dina adalah seorang kawan baik saya yang berciri ciri sangat indah, beriman, dan tercantik dalam kesemua sahabat sekumpulan masa di Universiti.

Kecantikannya memang merugikan jika berkhawin dengan lelaki seperti ini. Dina pula rasa sangat gembira kerana dia telah merasakan dirinya sudah mencari jodoh yang paling “sesuai” untuknya.

Kini, saya nak tanya anda semua:

Adakah harus saya memberitahu Dina tentang kelakuan si-Adzrul dengan bukti kukuh yang sedia ada.

Sama ada berdepan dengannya ataupun secara sulit (guna akaun palsu dan DM nya) sebelum terlambat, tunggu selepas kahwin, atau terbiarkan je?

[secara sulit sebab kadang kadang takut terjadi drama besar pula]

Apa yang anda akan lakukan jika menghadapi cerita yang sama seperti ini?

Penafian:

Walaupun hubungan songsang tidak diterima dalam masyarakat kita, saya sangat tidak terima mereka melakukan keadaan penipuan (berkahwin untuk menutup yang sebenar) kepada seorang insan yang tidak bersalah seumur hidupnya.

Kalau nak berkelakuan seperti ini, jika ada apa apa dosa pun dikira dosa peribadi dan jangan tarik orang lain dalam cara hidup mereka.

Kita patut doakan je yang terbaik. Kita sebagai insan biasa yang terkadang berdosa bukan Tuhan untuk nak menghukum hakam pun.

Sememangnya, ada banyak lelaki g4y yang kahwin dan beranak tetapi masih cari laki lain, walaupun suka menungang agama kata sudah bertaubat.

Suamiku (yelah dia sado sikit) pun pernah jadi mangsa gangguan s3ksual (sentuhan kawasan sulit) oleh suami orang.

Secara peribadi, saya hanya mahu memberitahu Dina dengan identiti palsu selepas meraka berkahwin, jika diketahui ada masalah dalam perkahwinan mereka nanti (‘watch and wait’).

BACA :

‘Depression is real, tak siapapun menyangka pengakhirannya begitu dan terlalu pantas’
‘Kerja sendiri VS makan gaji’
‘Cubaan ‘airlines’ halau anak usia 2 tahun dari pesawat yang sedang berlepas’