‘Kerja sendiri VS makan gaji’

Kerja Sendiri vs Makan Gaji.

Pagi ni macam biasa hantar timun ke pasar. Belum jam 7 dah siap petik.

Semalam bila hantar kereta kat bengkel, taukey bengkel tu tanya. Berapa lama tak tukar minyak hitam ni ? Saya jawab dengan jawapan ”

'Kerja sendiri VS makan gaji'

Berapa lama sepatutnya kena tukar ? “. Dia pun mulakan ceramahnya dengan panjang lebar. saya angguk je.

Sebenarnya saya ada driver lebih 15 tahun. Saya ada PA kekadang sampai 3 orang dibeberapa pejabat yang berasingan. Bila saya minta sesuatu sepantas kilat mereka buat.

Saya tak pernah tahu bila nak tukar minyak hitam dan bila jadualnya. Sebab dulu saya CEO dan mereka amanah dengan kerja mereka. Enjin kereta walaupun saya tahu minyak tu kena tukar menjelang 10,000 KM perjalanan tapi saya tak pernah ingat bila nak kena tukar.

Lepas berkerja sendiri saya buat semua sendiri. Saya tak kekok. Saya orang kampung. Saya boleh sesuaikan diri. Tak ada PA dan tak ada driver. Dari petik timun sampai layan budak-budak kontrek tengah panas.

Jadi apalah sangat bezanya antara makan gaji dan kerja sendiri. Asalkan boleh kerja tak ada hal. Asal hati senang. Carilah rezeki dan bersyukur je apa yang Allah dah berikan pada kita.

Tak payah nak mengelabah sangat dengan projek yang tak ada. Senyum dan teruskan berdoa.

Jangan ikut rentak orang lain. Jangan pernah malu bila diperli dan dikutuk bila orang jumpa anda berpakaian kotor dan berpeluh sedangkan dulu anda bertali leher.

Adakah anda mahu bila dipandang kotor? Adakah anda fikir orang ketawakan anda?. Itu semua hanya persepsi.

BACA :

‘Sebagai bekas banduan, tiada siapa yang mahu percaya & membantu’
‘Hadiah untuk abah, kalau tak boleh jadi anak yang berjaya jadilah anak yang baik untuk mak ayah kau’
‘Apa dosanya nasi tu sampai tak boleh dimakan kalau nak kurus’