‘Ingatlah, yang nak bersekolah dan belajar itu anak kita, bukannya ibu’

‘Ingatlah, yang nak bersekolah dan belajar itu anak kita, bukannya ibu’.

Sempena dengan kekalutan ibu-ibu membuat permohonan kemasukan anak-anak ke SBP, sekolah agama dan juga MRSM sedikit masa lagi, beringatlah beberapa perkara wahai ibu-ibu.

'Ingatlah, yang nak bersekolah dan belajar itu anak kita, bukannya ibu'

May be a graphic of text

1. Ingatlah, yang nak bersekolah dan belajar itu anak kita, BUKANNYA IBU.

2. Janganlah mohon SBP/MRSM semata-mata kerana berdekatan dengan rumah semata. Kaji sedikit apa silibus yang ditawarkan di sekolah tersebut.

3. Sekiranya mahu mohon ke MRSM IGCSE, pastikan anak-anak cukup cekal utk hadapi program dwisijil ini. Dwisijil bermakna dua silibus. Adalah lebih baik sekiranya anak² mmg mengikuti program DLP di peringkat sekolah rendah.

Jika tidak, masalah bahasa yang kecil akan menjadi suatu beban dan halangan yang sangat besar buat anak² dan seterusnya boleh memperjudikan masa hadapan anak².

4. Tetapi, jangan juga ingat anak² suka English, boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik, sudah memadai untuk anak² mengikuti program dwisijil ini.

Untuk cemerlang dalam IGCSE, mereka perlu menguasai 5 subjek STEM, selain English. Jadi, kenali kecenderungan anak² dalam subjek yang bagaimana. Pastikan anak² mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam subjek STEM (sains dan math khususnya).

Bayangkan bagaimana anak² nak belajar fizik, kimia, bio seawal ting. 1 dan add math seawal ting. 3 sekiranya mereka tidak cenderung ke arah STEM.

Kalau mak ayah dulu pun struggle belajar add math masa form 4, bayangkan bagaimana anak² struggle belajar add math semasa form 3.

5. Tidak dinafikan ada anak² yang cemerlang dalam IGCSE. Tapi percayalah juga bahawa masalah seperti ibu di bawah itu juga banyak. Mak ayah yang sebenarnya in denial, sedangkan mereka sedar yang anak mereka tiada minat langsung dalam bidang sains apatah lagi nak ambil IGCSE.

Maka akibatnya adalah pada anak-anak itu sendiri dan juga sekolah yang akan terkena tempias besarnya. Dalam keadaan begini, percayalah yang berhempas pulas itu hanya guru dan bukan pelajar itu sendiri kerana anak² sudah lama hilang minat dan berputus asa.

6. Benar, ibu bapa lebih tahu daripada anak-anak. Cuma ibu bapa jangan lupa rezeki di dunia ini bukan hanya dalam bidang sains. Dan definisi bijak pandai itu juga bukan hanya untuk yang cemerlang dalam sains. Menurut Gardner, there are 8 types of intelligences, dan cubalah kenal pasti kekuatan anak² masing².

7. Ingat juga yang cita-cita kita tidak semestinya adalah cita-cita anak-anak.

BACA :

Ini cara lajukan semula air paip perlahan, punca ada angin dalam paip
Tips hilangkan ‘sunburn’, hanya pakai 2 bahan 20 minit dah elok
Wanita meninggal dunia gara-gara taksub nak ramping