Ini cara lajukan semula air paip perlahan, punca ada angin dalam paip

Ini cara lajukan semula air paip perlahan, punca ada angin dalam paip.

Ada Angin Dalam Paip Punca Air Paip Perlahan – Dikongsi oleh @zammenyelenggara, menurut beliau salah satu punca air keluar perlahan ini adalah kerana ada angin dalam paip.

Biasa berlaku di rumah, air yang keluar dari kepala paip perlahan. Bekalan air tiada masalah tapi air yang keluar sikit saja tak laju hingga melambatkan urusan.

Ini cara lajukan semula air paip perlahan, punca ada angin dalam paip

Bagi menyelesaikan masalah ini caranya mudah saja, tak perlu panggil tukang pun. Ia boleh dilakukan sendiri. Caranya;

Cara selesaikan

1. Kita cuma perlu buka kepala paip untuk mengeluarkan angin, kemudian biar air mengalir seketika.

2. Selepas nampak air mengalir laju, boleh pasang semula kepala paip. Selesai masalah.

Oleh kerana angin lebih ringan daripada air, angin akan cuba naik ke atas, tetapi dihalang oleh air yang terdapat dalam salur paip tersebut.

Tetapi tekanan air daripada tangki tidak cukup untuk menolak angin itu keluar daripada salur paip, maka fenomena ‘airlock’ pun berlaku.

Punca angin masuk dalam paip ini terjadi sewaktu air tangki kering. Keadaan ini juga dipanggil airlock. Ia biasa berlaku dalam saluran paip yang disambung selepas tangki air bersaiz kecil.

Masalah ini apabila berlaku, buka kepala stopcock, keluarkan angin yang terdapat dalam salur paip kemudian barulah paip pada bilik air mengeluarkan air.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq.

BACA :

‘Nasib manusia bukan terletak pada nama & tarikh lahir’
‘Saya pasti satu hari, ini akan jadi rutin harian pada rakyat Malaysia’
Siap ada bilik khas di rumah, penyanyi wanita bertudung didakwa amal sihir dan kerja khurafat