Isteri minta cerai dengan suami kerana alasan ini, ‘Dia tak dapat terima keputusan mahkamah’

Isteri minta cerai dengan suami kerana alasan ini, ‘Dia tak dapat terima keputusan mahkamah’.

Pagi tadi (15/08/23) saya telah ke mahkamah, atas urusan kes cerai yang dituntut isteri ke atas saya. Setelah selesai perbicaraan, mahkamah telah gugurkan kes, kerana alasan2 yang dikemukakan isteri saya tidak munasabah.

Dan sekarang, isteri saya tidak dapat menerima keputusan mahkamah, dah telah membuka kes baru.

Saya tidak mahu berpisah, kerana kami mempunyai seorang anak lelaki berumur 2 tahun 3 bulan. Anak saya jugak baru keluar dari hospital semalam. Anak tinggal dengan saya buat masa sekarang.

Isteri minta cerai dengan suami kerana alasan ini, 'Dia tak dapat terima keputusan mahkamah'

Isteri saya telah mendapat pekerjaan di tempat kerja lama kami. Saya tidak izinkan, kerana pekerjaan itu memerlukan dia untuk tidak menutup aurat dan menghidangkan minuman beralkohol (Bar).

Isteri saya berhasrat untuk meninggalkan anak kami dengan saya, dan akan kembali mengambilnya selepas pekerjaan stabil (tempoh masa 2/3 bulan).

Bolehkah saya menfailkan kes nusyuz ke mahkamah? Kerana sudah 3 minggu isteri saya tidak pulang ke rumah. Dan berhasrat untuk bekerja di tempat yang bertentangan dengan hukum syarak.

Apa yang boleh saya lakukan? Dan selalunya berapa kos2 yang terlibat? Terima kasih semua.

BACA :

Pasangan dicekup buat ‘maksiat’ dalam air, ‘Saya datang cuma nak cari kerang’
‘Ini kisah individu yang mendapat penghargaan selepas buat kerja mereka minati selama berpuluh tahun’
Ramai tak tahu lelaki yang bawa F1 ke Singapura adalah orang Malaysia, ‘Siapa jutawan hotel Ong Beng Seng?’