‘Kalau Allah nak ayah di tali gantung, ayah kena reda’ – Isma Halil

Julai lalu, penyampai radio Isma Halil akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram.

Beliau mengalirkan air mata dan melakukan sujud syukur sebaik sahaja Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membacakan keputusan.

'Kalau Allah nak ayah di tali gantung, ayah kena reda' - Isma Halil

Terbaru, mStar melaporkan Isma menjadikan pengalaman masuk penjara selama dua tahun sebagai pengajaran terbesar dalam hidupnya.

Pengalaman Isma Halil di jeriji besi

ismahalil

Dalam suka dan duka menjadi tahanan penjara, beliau sempat khatam al-Quran sebanyak tiga kali dan menjadi bilal setiap kali masuk waktu solat.

Kat dalam alhamdulilah saya jaga solat, saya berpeluang untuk azan. Saya didatangi seorang ustaz, dia bekas tentera. Dia bagi pegang al-Quran, peluk al-Quran, kawan dengan al-Quran. Tu yang saya mula baca al-Quran.

Masa mula-mula nak lepaskan surah al-Bakarah itu agak lama sikit tapi surah-surah selepas itu dipermudahkan.

Menceritakan pengalaman kali pertama jejak kaki ke Penjara Sungai Buloh, penyampai radio ini mengaku agak ‘down’ dan hilang semangat.

Kawan-kawan sel dah macam adik beradik

isma halil

Pada mulanya, mungkin dia hanya ‘meringkuk’ dan tak mahu bangun daripada tidur tapi sebenarnya banyak aktiviti di dalam sana.

Di situlah, kawan-kawan satu sel dah macam adik beradik terutamanya bab makan. Memang penjara dicipta tak selesa supaya kita nak keluar dari situ.

Menurut Isma, tahanan di penjara tak pernah complaint sebaliknya ianya mengajar mereka bersyukur dan reda.

Dalam masa sama, mereka berdoa semoga dibebaskan daripada penjara supaya dapat pulang ke pangkuan keluarga.

Beliau bersyukur dipilih Allah SWT melalui ujian ini yang banyak mengajarnya erti kehidupan dan berserah kepada takdir. Sampai satu masa, Isma sebenarnya sudah reda.

“Kalaulah Allah nakkan ayah di tali gantung sekali pun, ayah kena reda sebab itu ketentuan Allah”, kata Isma kepada isterinya.

BACA :

‘Dulu arwah tok aku suka guna ubat nyamuk lingkaran fumakila ni, kalau suruh budak sekarang buka memang berderai laa’
‘Luahan hati dan kecewa dengan perangai seorang selebriti chef’