‘Luahan hati dan kecewa dengan perangai seorang selebriti chef’

‘Luahan hati dan kecewa dengan perangai seorang selebriti chef’.

Assalamualaikum sahabat semua. (Post ini panjang dan kalau sahabat ada pandangan boleh lah komen)

Ini saya ada satu soalan yang bermain di fikiran saya dan sekarang ini isu ini diperbesarkan dan dia menjadi semakin mengarut bila dibiarkan.

'Luahan hati dan kecewa dengan perangai seorang selebriti chef'

Okay umum semua tahu yang saya buat servis penghantaran Nasi Arab Chef A**** (dia tak mau kita sebut nama dia dah), selama 5 tahun.

2 tahun yang pertama menggunakan personal akaun Facebook saya iaitu Mohd Akiff dan 3 tahun yang seterusnya saya gunakan page Facebook King of Roadtrip untuk membuat servis membawakan tempahan makanan Chef A**** ke seluruh lokasi di Semenanjung.

So sekarang ni bercakap atas kapasiti seorang yang menyediakan servis, dimana saya bukan lah pemilik produk.

Saya dan King of Roadtrip bertujuan untuk memudahkan mereka untuk mendapatkan tempahan Nasi Arab Chef A**** ini di samping saya mencari rezeki halal, kira ini mata pencarian saya.

Lebih 20000 pelanggan di serata Semenanjung Malaysia yang gunakan perkhidmatan kami untuk mendapatkan tempahan mereka dan tidak pernah sekali pun viral kerana kami menipu dan tidak sampai tempahan. Semuanya kerana jujur dan amanah.

Cuma sekarang ni saya sangat lah pelik dengan sikap Chef ni, ada ke patut apabila saya buat Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat, boleh dia tembak saya cukup-cukup katanya saya tak kenang budi dia, dan dia kata saya memilih untuk bawa produk NPN1BP kerana saya dapat tawaran harga yang lebih murah.

Disini saya pelik dah, saya tak buat produk, bukan pemilik produk, saya adalah orang yang menjalankan servis. Dalam masa yang sama juga, selepas daripada Hari Raya Puasa tahun ini, saya pernah open order sebanyak 4 kali dan tidak mendapat sambutan.

Sebagai pihak yang mencari rezeki dengan menyediakan servis dan meletakkan amanah nombor 1 dalam kamus kami, apabila servis yang saya lakukan selama 5 tahun tidak mendapat sambutan gara-gara apa yang berlaku semasa bulan puasa, saya kena cari jalan dan peluang lain yang saya fikir sesuai dengan niche perniagaan yang saya buat ini.

Jadi kenapa perlu timbul isu pula dan pihak chef ini buat live video kat Page Facebook dia dengan membuat caption ‘Kawan makan kawan’, siap ada part ‘kawan makan kawan part 2’ yang tak tahan tu.. kecewa pun ada dengan cara dia.

Dia siap cakap lagi, oh kalau u ambil produk NP, u tak boleh ambil produk saya. Come on lah Chef, saya ni servis, bukan pemilik produk.

Konsep nya sama je dengan Mydin, Mydin merupakan mall, tapi semua jenis produk ada di bawah satu bumbung. Saya tidak ada hitam putih mengatakan yang saya ini berkait dengan Chef.

Maknanya samalah servis saya ni, di mana saya boleh dan bebas nak buat produk apa sekali pun asalkan tidak menjejaskan nama produk tersebut.

Segala pengiklanan di Page saya, semua nya saya bayar menggunakan duit yang dibawah pihak saya, tidak saya mintak 1 sen pun dari Chef.

Waima segala kos yang melibatkan Roadtrip itu sendiri, tidak pernah ditanggung oleh Chef, semuanya oleh saya. Kereta saya accident semasa hantar tempahan ke Ipoh, tidak ada 1 sen pun yang saya dapat dari Chef.

So adil ke Chef you nak buat saya macam ini? Siap tuduh lagi yang saya naik ni sebab nama dia.

Bang, logik akal sikit bang, mestilah kalau saya open tempahan nama produk awak, orang mesti nak tahu produk nama siapa, kan nama awak tu Chef. Takkan saya nak cakap itu adalah produk saya?

Tuduhan semuanya tak berasas dan agak memalukan apabila Chef mula buat live di Page Facebook beliau (semua live yang menuduh saya semua dia dah delete) tapi saya masih ada lagi gambar tajuk dan caption live.

5 tahun saya bawak produk dan nama beliau ke seluruh Semenanjung Malaysia, last-last apabila saya ingin melebarkan sayap dengan membawa produk pihak lain, dia tuduh saya ‘kawan makan kawan’.

Saya dan krew saya risiko kan nya kami untuk memastikan tempahan sampai dengan selamat, tapi akhirnya semua orang akan cakap, oh krew Chef A**** terbaik.

Semua orang fikir King of Roadtrip ini di bawah Chef A**** dan roadtrip adalah inisiatif dia, padahal idea ini saya yang pergi kat dia, cakap nak bawak produk dia ke seluruh Semenanjung Malaysia. Langkawi pun dah sampai.

Yelah siapalah kami kan, saya bukan siapa-siapa. Dan saya nak petik kata-kata Chef terhadap diri saya. ‘

I can always find another Akiff, but you will never find another A****’, maksudnya dia boleh mencari sesiapa sahaja untuk buat servis menghantar Nasi Arab ini, tapi saya belum tentu boleh jumpa produk seperti dia.

Saya bertindak mendiamkan diri, tapi bila Chef ni dah up lagi sekali live dengan menyebut nama saya, saya rasa saya kena bersuara bukan apa, nanti orang ingat bila saya tak bersuara, maka tuduhan dia semua tu betul..

Jadi apakah pandangan sahabat semua bila jadi macam ni? Patut atau tidak saya buat satu video untuk counter segala yang dia cakap pasal saya? Atau diamkan diri sahaja?

Perasaan sekarang ini lebih kepada kecewa, tidak lah marah, cuma kecewa dengan sikap beliau, tahap profesionalisme yang ditunjukkan tak sesuai dengan status sebagai seorang Chef yang berpengalaman lebih 30 tahun.

Cukuplah Chef, cukup. Jangan panjangkan isu.

BACA :

Polis kata ‘Dara tak penting nanti boleh tertutup sendiri atau buat operation’ selepas ibu buat laporan anak 4 tahun dirogol
‘Bagus betul anak-anak kau ni. Baik belaka’, lelaki kongsi tips didik anak
‘Hadiah untuk abah, kalau tak boleh jadi anak yang berjaya jadilah anak yang baik untuk mak ayah kau’