‘Kalau jumpa dia tolong bagitahu aku, dah lama aku cari si Ery ni’

‘Kalau jumpa dia tolong bagitahu aku, dah lama aku cari si Ery ni’.

Lama aku cari si ery ni. Cari sebab tolong2 dia meniaga je. Nk beli kuih-kuih dia jual. Sedap.

Ery ni oku tapi dia tak mintak sedekah, dia hanya menjual kuih muih je.

'Kalau jumpa dia tolong bagitahu aku, dah lama aku cari si Ery ni'

May be an image of 1 person

Ery juga ada anak 2 orang. Yang sulong dah sekolah. Umur 4 tahun. Anak-anak dia normal.

Tadi jam 8 lebih aku habis meniaga nasi lemak, aku nak balik lah. Pastu aku tengok dia duk kat tepi jalan. Takde siapa pun beli.

Aku pun u-turn balik lah sebab dah lama aku cari dia. Ehh betul lah, tu dia.

Aku pun apa lagi, aku beli la kuih2 dia jual sebab lama duk mengidam nak makan yang dia jual. Aku tanya dia, selama ery duk tepi jalan ni dah ada ke orang beli? Dia kata belum ada. Abang sorang je.

Lepas beli tu, dia kata nak tumpang nak g bandar jertih. Nak g meniaga sana. Aku on je sebab aku kenal dia.

Aku ajak naik atas kereta aku pun sembang-sembang lah dgn dia. Aku cakap dah lama sy cari ery sebab nak beli yg ery jual ni.

Dia tanya la sedap ke bang?

Aku : Sedap ery. Karipap semua menjadi molek. Ery dah kawen ke belum?

Ery : Dah bang. Anak 2 orang. Sorang umur 4 tahun tu dah sekolah. Ni cari duit untuk sara anak bini lah ni.

Aku : Isteri ery ok x?

Ery : Dia pun oku juga bang. Jenis lembab.

Aku : Anak-anak ery?

Ery : Anak semua normal. Saya dgn isteri je oku.

Aku : Mata ery tu kena apadia?

Ery : Katarak. Hari tu dah nak tukar manik tapi doctor kata takleh tukar sebab katarak sy ni jenis keturunan. Tukar pun tak jadi apa juga. Tukar tu free je.

Aku : Oooo…

Ery : Ayah dulu macam ni juga. Katarak. Tapi ayah dah tiada.

Aku : Ery ingat tak sy 2 3tahun dulu pernah belanja troli kat ery? Troli ery patah masa tu.

Ery : Laaa.. Abg ke? Maaflah bang. Mata tak nampak. Tak cam.. Sambil gelak sebab suka jumpa aku semula.

Aku : Ni duit rm50 yang orang bagi. Ambik lah.

Ery : Alhamdulillah bang. Trima kasih banyak-banyak. Kebetulan duit tak berapa nak ada. Nak beli pampers anak. Trima kasih bang trima kasih banyak-banyak..

Aku : Ery tak dapat JKM ke?

Ery : Dapat.. Dulu 300.. Sekarang 500.. Sebab anak dah 2 orang kan.. Dulu sorang..

Aku : Ooo… Ery sewa ke rumah?

Ery : Taklah. Orang bagi duduk free.. Makan je sendiri. Tapi ada je jiran-jiran tolong bagi makanan itu ini..

Aku : Ooo.. Alhamdulillah dapat jiran baik..

Ery : Tu lah, malu juga. Sebab dorang selalu tolong kan.

Aku : Betul dh tu ery. Malu sungguh. Tapi tu lah, kena hargai mereka.. Sampai dh ni ery. Brenti kat mana?

Ery : Brenti kat kedai kereta

P/S : Maaflah korang. Aku bukan nak menunjuk aku bagi rm50 tu kat ery. Itu duit yang korang infaq nasi lemak aku. Aku bagi kat orang memerlukan.

Bukan stakat nasi aku yg korang infaq aku bagi, duit pn aku bagi. Ada yang malu nak ambik gambar, ada yg tak sempat ambik gambar.

Kalau jumpa ery meniaga kat jertih, support lah dia. Dia bukan minta sedekah, dia meniaga.

Jom infaq nasi lemak guys. Tak mahal, RM2 sahaja sebungkus. Infaq atas kemampuan.

BACA :

Janda tanggung kesakitan pada faraj akibat masukkan lesung batu dalam kemaluan
Suami cerai isteri talak 3, ‘Aku tiada pilihan, dia jadi kejutan budaya bila ‘stay’ di Singapura’
Lelaki nyaris buta gara-gara cuba cipta rekod menangis 100 jam