‘Kalau phone kena curi, segera ‘mark as lost’ supaya maklumat peribadi kita terkunci’

‘Kalau phone kena curi, segera ‘mark as lost’ supaya maklumat peribadi kita terkunci’.

IPhone 14 Pro Max Kena Curi.

Tadi pergi kedai makan. Lunch dengan mak. Yati pegang dompet & phone je. Kebetulan nak cepat, yati tak bawak handbag.

'Kalau phone kena curi, segera 'mark as lost' supaya maklumat peribadi kita terkunci'

Masa bungkus-bungkus lauk, dompet & phone masih melekat di tangan. Yati letak kat tepi kejaaap je. nak bungkus kuah kari… Yati pun cedok kuah kari.

1…2…3.. senduk, ikat plastik.

Tup tup tengok balik tinggal dompet je. Phone dah hilang ! Proses tu terlalu pantas. Tak sampai 5 saat phone hilang. Terasa ada sekilas pandang orang lalu..

Tapi bila tengok sekeliling takde pun siapa2 yang mencurigakan atau cuba lari. Suasana kedai pun sama je, semua sibuk makan…ambil lauk…

Jadi yati pun cuba salahkan diri sendiri dulu. terus cari atas meja, cari dalam kereta, cari celah-celah lauk, takut diri sendiri yang cuai..

Tapi memang tak jumpa. Memang sah. Phone dah kena curi. Masa tu dah terbayang tac dan keje je. Yati pun Cepat-cepat pinjam phone owner kedai.

Call suami. Mujur suami dekat. Suami terus bukak apps “Find My” Dan klik “Mark As Lost”. Lepas tu suami ikut lokasi phone tu.

Mula-mula location phone memang dlm kedai tu. Dekat sangat dengan yati. Tapi ada ramai orang dalam kedai tu. Susah nak cam.

Muka pun biasa je takde yang mencurigakan. Kami pun tunggu… Tak lama lepas tu, location tu mula bergerak.

Suami follow ‘location’ tu bergerak ke econsave, pasaraya yang ada di area situ juga.

Walaupun ada location, tapi tak tau phone tu ada dekat mana. Boleh jadi dekat parking, dekat kedai-kedai, dekat celah sayur.

Rupanya bila kita dah tekan ‘Mark as lost’, Iphone akan automatik Lock dan AUTO membuat panggilan ke phone suami yang sedang track phone tu.

Pencuri tu tak boleh nak buat apa-apa dengan phone tu.

Nak Keluarkan simcard pun tak sempat sebab phone tu sentiasa buat panggilan.

Tak lama lepas tu ada seorang wanita india call suami menggunakan phone yati yang hilang tu, “Saya ada jumpa phone ni dekat rak sabun. u ada tertinggal ke?”

Terus suami berkejar ke rak bahagian sabun dalam econsave tu juga. Terkejut wanita india tu dapat tau phone tu baru lepas kena curi.

No photo description available.

Kemungkinan pencuri tu panik dia tinggalkan phone dekat situ.. Alhamdulillah jumpa balik.

Kepada pengguna iphone.. kalau phone terhilang ke, tersalah letak ke, phone kena curi ke.. boleh guna je apps “Find my” tu..

Dan kalau phone kena curi, plss jangan tunggu lama-lama. Segera mark as lost supaya maklumat peribadi kita terkunci.

Tak sampai sejam semua ni berlaku. Tapi besar sgt hikmahnya & tak dapat dilupakan.. syukur sangat2.. moga Allah lindungi kita semua..

Sama2 kita sentiasa berjaga-jaga ya Sahabat …

BACA :

Bapa bangga rakam persembahan walaupun hanya guna telefon bimbit lama
Warga emas sanggup gadai telefon bimbit semata-mata mahu beli beras
‘Punca b40 niaga makanan tapi tak sampai berapa bulan dah melingkup’