‘Kepada bakal pengusaha hotel, janganlah ikut trend tandas dan bilik air yang ada kaca sahaja’

‘Kepada bakal pengusaha hotel, janganlah ikut trend tandas dan bilik air yang ada kaca sahaja’.

Kehadapan bakal pengusaha hotel,

Mohon janganlah ikut trend tandas dan bilik air yang ada kaca sahaja dan tiada kunci. Memang la ada langsir tapi buatnya anak pergi tarik langsir tu, habis terpampang segalanya.

'Kepada bakal pengusaha hotel, janganlah ikut trend tandas dan bilik air yang ada kaca sahaja'

Yang duduk di hotel ni, bukan semuanya tengah muda mudi nak honeymoon dengan suami isteri.

Ada yang bawa anak kecil sekali, ada yang untuk urusan kerja rasmi yang memerlukan bilik di kongsi. Susah juga la nak buang air kena turun bawah pakai tandas di lobi.

Sekian luahan hati seorang bapa yang berkongsi bilik dengan orang lain. Sudah sudah lah ikut trend ni.

BACA :

Kisah curang suami paling baik di dunia, ‘Jangan takut, saya bukan nak maki atau nak marah’
‘Bila pakai baju koyak bank halau, tapi bila pakai ‘blazer’ terus panggil tuan’
3 kesilapan biasa orang buat bila goreng ayam