‘Ketika berada di usia ini, jangan banyak pegang gadjet supaya anak-anak tidak anti-sosial’

‘Ketika berada di usia ini, jangan banyak pegang gadjet supaya anak-anak tidak anti-sosial’.

Kau akan menginjak usia 30an, kau tak akan selalu berada dalam lingkungan 20 kerna masa itu tetap berjalan.

Ketika usia ini kau sedang beralih rasa saat bermain-main kau telahpun habis. Pada yang berkahwin ketika ini kau sedang melihat anak kau membesar didepan mata.

'Ketika berada di usia ini, jangan banyak pegang gadjet supaya anak-anak tidak anti-sosial'

Pada yang masih mencari ada antara kau yang tidak seperti usia dulu seakan lebih tenang pabila disapa soal jodoh. Ada atau tak masih tetap kekal tenang dan tersenyum. Jika dulu mungkin sedikit berangin jika dibuka lembaran salam dengan pertanyaan itu.

Usia 30an ini kau sedang belajar banyak perkara keibubapaan, meski nampak sepertinya santai. Tapi tetap masih berfikir soal anak dan masa depan mereka. Kecenderungan kau lebih kepada fakta dan penerangan dari yang pakar.

Didikkan kau lebih kepada pembangunan sahsiah anak yang lebih baik hinggakan soal pemakanan dan apa saja perkara kau akan ‘highlightkan’.

Jika kau seorang isteri nyata dan pasti kau akan melengkapkan rutin dengan aktiviti bermanfaat dan membina. Tidak sama sekali kau memberi ruang mudah untuk anak dengan hanya memegang gadjet.

Sedia tahu aktiviti ‘outdoor’ juga jauh lebih utama. Supaya besar nanti anak tidaklah menjadi ‘anti-sosial’.

Jika kau seorang ayah diusia 30an ini kau akan lebih cenderung untuk bekerja lebih masa. Amat takut sekiranya wang saku dan belanja anak tidak cukup. Kau lebih kepada memastikan anak-anak kau hidup dengan lebih baik.

Makanan dan tempat tinggal disediakan kau selesa. Mungkin tidak semewah orang lain tapi itulah yang paling baik. Ketika ini fokus kau hanya pada anak melihat karenah anak dan belajar memahami anak.

Sebab itu ada anak lebih kasihnya pada ayah meski ayahnya selalu saja nampak keras. Ada pula seorang ayah kelihatan agak kebudak-budakkan namun jauh dari sudut lain dialah lebih faham dan dekat dengan anak-anak.

Ketika ini juga emosi mereka diusia 30an kian berubah, lebih kepada bertenang dan senyum. Jika dulu penuh dengan amarah, cakap nak kuat dan bekeng. Hari ini banyak perkara dihabiskan dengan muhasabah.

Pembelajaran ketika usia 20an itu menjadi ibrah pembentukan akhlak lebih baik diawal 30an dan seterusnya. Apa yang berlaku diusia 30an ini akan menjadikan kehidupan ketika usia 40 lebih baik.

Sedar atau tidak masa kian ligat meninggalkan kita. Pada akhirnya kau akan sedar yang kau sedang melalui pengakhiran usia.

Moga yang indah-indah saja buat mereka yang melalui tiap batas waktu dan masa. Moga selalu juga dalam redha Allah.

Kau dan aku bakal tua, bakal menjadi kenangan buat yang lain. Maka jadilah yang paling baik. Kerna yang paling baiklah akan selalu dalam doa mereka yang hidup.

Sekadar monolog seorang lelaki tak berupa.

BACA :

Akibat suka tidur pakai baju terdedah, wanita dinikahi jin hingga ada ramai anak
‘Ya Allah, jangan cabυt nyawa aku, aku beIum mahu mati…’ – Bekas vokaIis kumpulan rock popular 90-an
‘Sensei anggap awak macam anak sensei sendiri, mestilah sensei doakan’