Lepas 8 tahun pernikahan 3 anak tak sah, baru tahu larangan pegang Kaabah ketika tawaf

Lepas 8 tahun pernikahan 3 anak tak sah, baru tahu larangan pegang Kaabah ketika tawaf.

Apabila bercakap tentang umrah, mungkin ada yang beranggapan ibadah ini lebih ringkas dan senang berbanding haji. Hakikatnya, setiap aspek tidak boleh dipandang remeh apalagi yang baru pertama kali mendaftar umrah.

Kerana itulah diwujudkan kelas-kelas atau kursus umrah sebagai langkah mempersiapkan jemaah sebelum berangkat.

Lepas 8 tahun pernikahan 3 anak tak sah, baru tahu larangan pegang Kaabah ketika tawaf

2018 pergi kursus haji, baru tahu larangan pegang Kaabah ketika tawaf

Di TikTok, kisah yang dikongsikan semula menerusi akaun @rambutjelita cukup mengejutkan ramai. Seorang jemaah dikatakan hadir ke kursus haji (2018) dan baru tahu mengenai larangan memegang Kaabah ketika melakukan tawaf.

8 tahun sebelum itu, dia ada menunaikan ibadah umrah dan selamba memegang permukaan Kaabah sebanyak 3 kali. Kerana tidak hadir ke kursus umrah, si polan langsung tidak tahu sebenarnya tawafnya itu telah terbatal.

Dia balik Malaysia, selepas 7-8 tahun sebenarnya umrah tu tak selesai lagi

Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan pusingan tawaf mestilah dilakukan di luar kawasan Kaabah.

Hatta cuma hulurkan tangan sedikit sama ada berlapik ataupun tidak, tawaf itu tetap dikira sebagai terbatal kerana sebahagian badan telah masuk ke dalam binaan Kaabah.

Sepatutnya, jemaah yang melakukan kesalahan sebegini perlu membayar dam (denda) dan membuat semula tawaf sebagai syarat lengkap umrah.

Ibadah umrah memang senang, tapi bukan bermakna kita boleh ambil ringan

Jika anda tidak tahu, orang yang berada dalam keadaan ihram adalah dilarang untuk bernikah atau menikahkan. 8 tahun berada dalam keadaan umrah ‘tergantung’, si polan amat terkilan setelah pernikahan 3 orang anaknya disahkan sebagai tidak sah.

Pemeriksaan lanjut dengan pihak jabatan agama juga mendapati bahawa semua cucunya turut berstatus anak tidak sah taraf.

@rambutjelitaLarangan Ketika Melakukan Umrah . 1. Memakai pakaian yang dijahit (disarung), kecuali wanita. 2. Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka bagi wanita. Namun, meletakkan tangan di atas kepala tidaklah dianggap sebagai menutup kepala dan dibenarkan. 3. Memotong atau mencabut kuku; kecuali jika kuku itu pecah dengan sendirinya dan pecah itu mengganggu untuk terlaksananya amalan ihram, maka boleh menghilangkan kuku yang pecah itu. 4. Memotong atau mencabut atau menyisir rambut. 5. Memakai wangi-wangian. 6. Berburu binatang yang halal dimakan dagingnya. 7. Memotong pokok-pokok yang tumbuh di tanah haram. 8. Nikah atau menikahkan. 9. Bersetubuh. 10. Bersentuhan kulit (anggota badan dengan maksud menyalurkan nafsu syahwat).

♬ original sound – Rambut Jelita

BACA :

‘Aku jadi nak marah bila isteri nak bermanja, aku suami tapi aku juga ‘isteri’
‘Berhutang sampai kiamat, loan tu tak susut sebab saya piilih tempoh bayar panjang’
‘Arwah mak suka kumpul barang kemas, bila mak dah tiada anak-anak sampai berbalah berebut harta’