Nampak macam Ayam Berempah tapi bukan, ini resepi Ayam Goreng salut serbuk kari

Nampak macam Ayam Berempah tapi bukan, ini resepi Ayam Goreng salut serbuk kari.

Anda dah bosan masak ayam goreng salut kunyit sahaja? Mari lihat perkongsian resepi seorang pengguna Facebook ini dimana beliau menggunakan serbuk kari dalam masakan ini. Nampak macam ayam goreng berempah kan? Tapi rasa yang berlainan, dan mesti lagi sedap!

Nampak macam Ayam Berempah tapi bukan, ini resepi Ayam Goreng salut serbuk kari

Terima kasih Bella Shabudin untuk perkongsian resepi Ayam Goreng Kari ini

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam

(Bahan A)

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 5 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan lada sulah
  • Garam secukup rasa

(Bahan B)

  • 1 biji telur
  • 1 tangkai daun kari
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung gandum

Cara Membuat:

  1. Kisar ke semua bahan A.
  2. Gaul ayam bersama bahan A dan B.
  3. Perap selama sejam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
  5. Sedia dihidangkan.

Ayam goreng kari ni kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

BACA :

‘Saya tak percaya pada teori beli kereta untuk impress klien, tauke ayam Bismi pun bersungut’
Ini sebab kenapa ayam jantan berkokok setiap pagi, bukan sebab nak kacau tidur
‘Masih ramai buat amalan gantung uri atas pokok, bercanggah dengan ajaran Islam’