‘Peniaga asing ni tak jujur, berapa pun duit budak hulur dia ambil je’

‘Peniaga asing ni tak jujur, berapa pun duit budak hulur dia ambil je’.

Peniaga asing ni tak jujur. Sebelum ni dah ada org tegur & marah dia ni sebab tak pulang baki kepada budak sekolah.

Semasa tunggu anak petang semalam ramai budak tahun 2 membeli pada dia. Sy tengok ada yg tak kena cara dia berniaga.

'Peniaga asing ni tak jujur, berapa pun duit budak hulur dia ambil je'

Berapa pun duit budak hulur, dia ambil je. Takde pun nak cek betul atau tidak kuantiti barang yg budak ambil.

Baki memang tak pernah dia hulur. Corntoz, mamee & jajan lain dia jual Rm1 satu. Rm2 dapat 3.

Tapi budak ada yg tak mahir lagi urusan jual beli. Sy tengok budak bayar Rm2-Rm3 tapi ambil barang 1 sahaja. Dia ni ambil kesempatan buat senyap je.

Sy pergi tegur maklum salah cara ni. Kena bagitahu budak setiap barang berapa harga & kuantiti. Baki kena pulang jika ada. Dia terima teguran dan mula buat apa yg sy tegur.

Baru berapa minit,sy tgk dia buat semula taktik (ambil kesempatan). Sy tegur lagi. Katanya budak-budak dah tahu harga, dia tak boleh buat apa. Lepas tu dia main play victim, jajan selalu hilang kena curi dengan budak.

Harap parents nasihat anak-anak berhati-hati jika membeli dengan dia ni.

BACA :

‘Ini antara sebab kenapa aku kena kerap beli kopi di Zus’
‘Ramai je yang dah resign daripada company aku tapi kalini aku tak mampu nak lepaskan’
‘Dek kerana keseronokan sekumpulan budak rempit, telah menyusahkan sebuah keluarga’