‘Pesanan untuk Abang Tesla, ini bukan nak persoalkan poligami. Itu dalam Islam dibenarkan’

Post Utk Abang Tesla: (abang Myvi, abang Bezza, Abang Axia, abang Dimax, abang Honda.. semualahh, boleh hadam sekali)

Post ni bukan nak persoalkan poligami. Itu dalam Islam dibenarkan, so no question about it. Islam ada justifikasi untuk membenarkan poligami. So kita tak perlu berbahas tentang sape setuju atau sape tak setuju. Itu level lain. Tak sesuai level facebook.

'Pesanan untuk Abang Tesla, ini bukan nak persoalkan poligami. Itu dalam Islam dibenarkan'

Tapi yg jadi aku join netizen rasa hangin satu badan tentang Abang Tesla ni ialah:-

Pertama – ko pi rakam video tu dengan sepenuh intention utk merakam, dan kemudian dgn sepenuh intention juga memuatnaik dan seterusnya menyebarluaskan video ko yang bajet jadi lelaki budiman yg sedang memujuk isteri 3 jam sebelum dia dimadukan itu – apa kah yg kau fikirkan dalam otak ko waktu tu??

Itu bagi aku level bangang tahap kayangan. Ko ingat semua benda boleh di’content’kan?? Ko tak ada rasa hormat pada maruah seorang isteri?

Tak ada langsung rasa ingin menjadikan momen2 terakhir sebelum dia secara rasmi diduakan cinta, kepercayaan, harapan dan segalanya, sebagai momen paling peribadi, paling rahsia, paling sunyi dalam kisah kasih sebuah perkahwinan?

Bagi ko, semuanya ialah sekadar content, kan? Dialog dan aksi yg sudah kau skripkan kerana kau sudah berniat utk ianya jadi tontonan viral di media sosial.

Di akhir semuanya, view rating kau terus naik dan ko kekal relevan dalam perlumbaan like-share-komen di media sosial.

Ok, sekarang yang kedua. Ustaz yg manakah yg ko quote dgn kata2 magis penuh pesona tu – “Yang pertama dihargai, yg kedua dicintai.”

Dihargai dan dicintai ialah dua tahap perasaan berbeza. Ko boleh je menghargai makcik cleaner yg bersihkan ofis ko dgn memberikan dia duit, munga atau kata2 pujian. Tapi ko tak perlulah turut mencintai dia, kan?

Tapi bila ko mencintai seseorang, dengan secara automatiknya, menghargai, mengasihi, merindui, menyanjungi, dan segala macam perasaan dan tindak positif akan turut diaktifkan.

Jadi, nampak tak betapa quote yg kau petik tu akan lebih meranapkan perasaan seorang isteri. Sudah tiada cinta utk dia. Yg tinggal, hanya rasa menghargai.

Ko rasa tidakkah itu penghinaan? Setelah kau curangi dia, sekarang kau sudah memberi gred terhadap perasaan kau pada dia.

Gred Menghargai ni, kalau di skala SPM, macam gred C lah. Tak gagal, tapi tu lah takat C jer.

BACA :

‘Kalau korang ada 18 ciri ini, Tesla bukan untuk korang’
‘Cara terbaik untuk menabung, tanpa sedar simpanan cecah RM11k’
‘Begitu kata Mak ketika tubuh tuanya aku rangkul melepas rindu bila aku masuk ke dapur tadi’