‘Puluhan tahun dia guna kaki untuk buat semua hal, terima kasih beri ‘tangan’ untuk dia’

‘Puluhan tahun dia guna kaki untuk buat semua hal, terima kasih beri ‘tangan’ untuk dia’.

Bermula dengan kehebatannya belajar melakukan rutin harian sendiri kerana enggan berharap pada orang lain, kisah hidup Puan Farrah Syahirah sempat menjadi viral dahulu.

Alhamdulillah pada Julai lalu, dia telah selamat mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Zulfadli Syahrul.

Bagi Zulfadli, Farrah adalah jodoh dari langit

Sanggup menerima keadaan Farrah yang tidak memiliki tangan, Zulfadli sempat menyifatkan wanita istimewa itu sebagai j0doh dari langit.

Untuk memenangi hatinya bukanlah sekejap, malahan beberapa mesej yang dihantar menerusi media sosial awalnya tidak dibalas.

Namun kesungguhan konsisten yang ditunjukkan lelaki ini akhirnya berjaya membuka pintu hati Farrah sebelum disunting menjadi teman hidup.

Terima kasih suami berikan tangan untuk melengkapi dan menutupi segala kekuranganku

Menerusi video yang dikongsikan semalam, mereka berdua terlihat sedang makan dalam kereta. Apa yang mengharukan, Zulfadli begitu sabar menyuapkan isterinya makan termasuklah meniup dahulu sup yang agak panas.

Di ruangan kapsyen, wanita berusia 25 tahun ini mengucapkan terima kasih kerana suaminya sudi memberikan tangan dan sekaligus ia seakan-akan melengkapkan kekurangan pada dirinya selama ini.

@norfarrahsyahirahshaari Terima kasih suami @ZuL berikan tangan untuk melengkapi dan menutupi segala kekuranganku.. Syukur alhamdulillah.. Semoga kita sentiasa happy selalu dan bahagia dengan cara kita❤️❤️ #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypシ゚viral #fypシ ♬ ιѕтιнaraн cιnтa – HLols

Puluhan tahun dia guna kaki untuk semua hal… Allah Maha Baik hantarkan ‘tangan’ untuk dia

Belum 24 jam dikongsikan, rakaman itu meraih lebih 300 ribu jumlan tontonan disusuli dengan ribuan komen positif.

Mengetahui kisah hidup Farrah yang banyak menggunakan kaki dalam urusan kehidupan harian, mereka terharu melihat kehadiran sosok se0rang lelaki yang kini begitu tulus melayaninya.

BACA :

Amalkan minum air halba sebelum tidur, ‘Walaupun halba ni murah tapi kelebihannya mengalahkan emas’
‘Kami 12 beradik hidup susah, orang tuduh kami minum air mayat’
‘Ya Tuhan. Aku dah tolong orang ni. Tolonglah aku’