‘Ya Tuhan. Aku dah tolong orang ni. Tolonglah aku’

‘Ya Tuhan. Aku dah tolong orang ni. Tolonglah aku’.

Semalam suplier whatsapp.

Biasanya kalau ada laptop buruk tapi masih ok, saya lah yang akan diberitahu.

'Ya Tuhan. Aku dah tolong orang ni. Tolonglah aku'.

Sebab memang tiada dealer yang akan ambil. Mereka ambil yang cantik saja.

“Sudah 1 bulan abu. Tiada mahu. You nak? Saya kasi satu laptop RM100 saja. RM150 pun ada. Macam biasalah. Buruk-buruk punya”

Aduh.

Nak ambil ni, nak jual memang susah. Tak ramai yang nak. Semuanya nak yang cantik saja.

“Boleh ka? Mau kasi licin saja. Saya mau duit sikitlah”

Akhirnya dengan berat hati saya ambil. Saya installkan windows 10. Sekali software semua.

Saya bagi nampak cantik. Mana calar saya letak stiker. Saya uji dulu baru jual.

Depan saya ada lebih 10 laptop ni. Terfikir macamana ya nak jual ni. Takpelah. Nanti sajalah saya iklan.

Pagi tadi macam biasa, bawa isteri cari ubat lagi sebab demam dan sakit badan masih rasa. Bagi dia bertenang sekejap.

Sambil tu kepala dok fikir nak iklan macamana laptop ni.

“Ya Tuhan. Aku dah tolong orang ni. Tolonglah aku”

Lepas zohor, seorang ketua kampung telefon. Katanya dia dapat nombor dari anak kariah dia. Yang saya pernah datang kampung dia tolong seorang puan ni.

Orang susah tapi anak dapat masuk universiti. Saya bagi satu laptop sebagai bantuan.

Cuma kali ni, anak-anak kariah dia nak cari laptop juga. Tapi semuanya fahamlah orang kampung. Kerjanya tak tetap.

Gajinya sikit.

Tapi anak-anak semua bagus. Nak masuk IPT dan sambung belajar perlu laptop.

“Encik Abu ada tak murah-murah. Duitnya adalah sorang tu RM200. Yang ibu tunggal tu kata dia nak dua. Dia ada RM500. Kiranya semuanya 10 laptop lah”

Saya terus tengok kotak belakang bonet yang mana, 10 laptop buruk yang dah cantik, siap untuk dijual!

“Tapi laptopnya lama tok. Cuma boleh guna. Saya dah siapkan”

“Ah takpe. Mereka faham. Janji anak mereka dapat laptop syukurlah encik abu. Boleh datang ke hantar? Maaflah. Jauh tu”

Ke Sabak Bernam.

Sampai tadi depa raikan mee udang melimpah. Tu semua kerepek goreng sendiri. Ada pisang. Ayam serama ada sekor kat bonet.

Makcik sorang tu dah siapkan bilik untuk saya bermalam. Takut saya mengantuk nak balik. Tidurlah semalam kat rumah dia. Saya tolak dengan baik sebab anak-anaknya semua muslimah. Cemas juga.

Alhamdulillah.

Syukur.

Sehari sakit kepala fikir nak jual macamana, dalam tak sampai sehari Tuhan kasi selesai.

Allahuakhbar.

Begitulah rezeki.

Hanya perlu dikuatkan iman dan hati. Percaya dan usaha tanpa henti. Pasti Tuhan kan bagi.

BACA :

[VIDEO] Cara buang tulang ikan yang sebenar, ‘Sekali tarik semua tulang keluar’
Lelaki ini boleh membeli segala-galanya, sebaliknya setiap hari dia memilih satu perkara yang tidak boleh dibeli
[VIDEO] Pencari madu tualang maut tersangkut di pokok