‘Ramai isteri bekerja sebab nak bantu suami. Bagi aku dari situ je dah salah’

‘Ramai isteri bekerja sebab nak bantu suami. Bagi aku dari situ je dah salah’.

Posting ini bukan nak mengajar isteri keluar bekerja ya. Saya sendiri bekerja dari rumah sahaja. 24/7 dengan anak-anak. Di mana-mana pun boleh buat duit kalau betul caranya. Jangan triggered pula lelaki cakap saya ajar isteri suruh keluar rumah. Kekekeke

'Ramai isteri bekerja sebab nak bantu suami. Bagi aku dari situ je dah salah'

Konsep yang betul.

Duit aku, duit aku,

Duit suami, duit aku.

Kekekekekeke

Ramai isteri bekerja sebab nak bantu suami. Bagi aku dari situ je dah salah. Tugas isteri membantu suami untuk memudahkan kerja suami. Tapi mencari nafkah adalah solely tugas seorang suami.

Aku memang single lama sebab aku rasa selesa dengan hidup aku, pendapatan aku dan mental health aku.

Mencari penyakit je aku rasa kalau kahwin semula lepas tu tak bahagia. Especially kalau lelaki tu tak mampu nak mudahkan kehidupan aku. Hahaha

Maksud aku mudahkan is aku pula kena tambah beban menjaga dia.

To be honest ini bukan pasal kena cari lelaki yang lebih income atau kaya. Tapi kena cari lelaki yang tahu tanggungjawab, rajin dan yang penting senang di bawa berbincang.

Dari awal sebelum kahwin aku memang tanya plan SBMH sebab aku tahu kalau aku nak suruh dia tanggung semua expenses aku mesti dia tak jadi kahwin dengan aku. Kakakakaka.

So aku tanya apa planning dia untuk masa depan since bilangan ahli keluarga bertambah. Aku nampak dia struggle awal-awal dulu. Dari kereta 800 sebulan tetiba kena upgrade keta 1300 sebulan sebab anak dah ramai.

Aku cakap kat dia kalau nak beli kereta, cari yang mana dia mampu sebab aku tak nak top-up. Hahahahaha. Jahat tak aku.

Kita mesti berterus-terang dengan suami. Jangan anggap suami boleh baca apa ada dalam kepala kita. Kalau tak boleh cakap je tak boleh.

Kalau tak nak cakap je tak nak. Benda boleh discuss buat apa nak suruh dia jadi mind reader.

Konsep isteri kena susah sama-sama cari nafkh adalah salah. Sebenarnya kan lagi banyak kita susahkan suami, lagi tinggi usaha mereka nak bahagiakan kita. Dan hasilnya lagi berkat pendapatan mereka.

Walaupun aku bergaji lebih dari SBMH tapi aku yang selalu minta duit dari dia. Kekadang ada bulan expenses aku tetiba naik. Macam bulan lepas lebih 20k keluar. So kuranglah sikit aku boleh spend.

Macam expenses aku memang awal-awal bulan dah tolak semua saving, utilities & necessities. Jadi kalau ada lebih tu memang untuk spend je. Tu yang kekadang spend dengan anak-anak tak ingat dunia.

Sebab boleh kan. Kakakakaa

Walaupun aku mampu je keluar duit sendiri tapi aku akan minta dia duit extra untuk rumah dan anak-anak. Bagi aku itu tugas dia. Setiap bulan nafkah untuk aku memang dia tak pernah missed.

Even sometimes benda yang aku tak minta pun dia buat. Macam service kereta aku sampai seribu. Belikan pokok-pokok bunga. Kekekeke.
Hadiah tetiap bulan pun dapat. Ada je surprise dari dia.

Alhamdulillaah aku nampak dia keluar duit banyak tapi syukur tak pernah sekali pun dia cakap tak ada duit.

Belanja barang rumah memang SBMH top up setiap bulan sebab kitaornag selalu beli extra. Jadi sekarang expenses barang kering dalam 300 lebih je tapi campur je susu dengan pampers Evra terus jadi 600. Kekekekkee.

Belanja yang banyak is barang basah. Tapi sebab den jarang masak, jadinya banyak habis dekat makan luar. Den hanya akan beli bila betul-betul nak masak je.

Takut membazir sayur semua mengecut. Ikan daging semua hilang nutrisi dok beku dalam fridge. Kakakakaa

Den tanya kat SBMH.

“How much is your income now?”

“Adalah almost ……..”

Memang dah upgrade banyak dari previous income sebelum dia kahwin dengan den.

“How it feels?”

“Bestlah sebab I boleh bawa anak-anak makan sedap-sedap. I rasa happy bila you minta duit and I boleh sediakan. Doakan I dapat bagi u nafkah RM1000 sebulan and bagi mak I pun 1000 macam you bagi kat mak u.”

“Ameeeen.”

Actually kita bukan kena bantu tambah income untuk bantu husband kita. Tapi kita kena bantu support husband kita untuk dia yang tambah nafkah untuk kita.

Betulkan yang biasa.

Tak sepatutnya isteri bekerja tambah income keluarga. Isteri patut bekerja sebab dia nak bekerja dan dia juga nak selesaikan tanggungjawab dia.

Jangan sesekali mudahkan tanggungjawab seorang suami. Kita mudahkan kehidupan dia dengan membantu jaga rumahtangga. Tapi tanggungjawab dia jangan kita ambil.

Sebab tu ada yang rasa bila isteri bekerja bantu income keluarga tapi masih rasa tak cukup. Tapi bila isteri duduk rumah, income jadi berlebih-lebih.

For me suami mesti disusahkan dengan tanggungjawab. Sebab tanggungjawab ni memang berat. Tapi kita permudahkan dengan sentiasa memudahkan hidup suami.

Jaga rumah, jaga maruah, jaga harta, jaga anak-anak, jaga amal ibadah.

Aku doakan SBMH sentiasa sihat dan dipanjangkan umur serta dilimpahkan rezeki yang banyak. Ameeen

Dear my husband Saiful Hassim. Terima kasih sebab jadi suami dan ayah yang sangat baik dan penyayang untuk anak-anak kita.

BACA :

‘Mama rampas rumah suami, suami kunci pintu bilik utama bila keluar’
The Rock hadiahkan rumah untuk peninju UFC, ‘Saya hanya ada RM31 dalam bank’
Teman lelaki larikan diri, perempuan terpaksa jadi mandul selepas 3 kali gugurkan anak luar nikah