‘Saya kongsikan kisah ini agar jadi ikhtibar pada semua yang nak bina rumah, tuan rumah nak jadikan kes polis’

‘Saya kongsikan kisah ini agar jadi ikhtibar pada semua yang nak bina rumah, tuan rumah nak jadikan kes polis’.

Kami dapat tawaran projek bina rumah banglo 2 tingkat.. di akhir perbincangan tuan rumah minta untuk beli barang sendiri, kami hanya bekalkan pekerja.. Alhamdulillah, terima rezeki seadanya.

Bermula la detik sejarah kantoi segala bapak penipuan.

'Saya kongsikan kisah ini agar jadi ikhtibar pada semua yang nak bina rumah, tuan rumah nak jadikan kes polis'

Kami listkan order barang, tuan rumah order barang kt hardware. .. barang semua sampai di site. Pekerja buatlah kerja.. hari ke3 saya datang site, tengok besi bukan seperti yg sy order..

Pekerja pulak dia buat kerja dengan apa barang yg ada kt site… sy beranggapan tuan rumah nak jimat kot guna besi cq.. tuan rumah beli barang kt hardware ni dah bertahun2.. memang dipercayai..

Takkan hardware nk menipu… tanya kat hardware, katanya itulah yg tuan rumah order..

2 hari berfikir.. untuk rumah 2 tingkat, kami xguna besi kecil ni.. sy stop semua kerja2 besi.. sy order besi lain.. besi kecil ni utk buat parking kereta…. pekerja bagi bil hardware.. alamak… dalam bil BS Y12 harga RM3300 1 tan, bil R6 RM2000 1 tan yg datang R4….

Harga gila mabuk dia caj.. memang kantoi.. barang hantar lain.. saya order B, dalam bil harga B.. tp hantar barang A
Saya pergi hardware membebel la.. dah berpuluh tahun niaga tak tahu beza cq dan bs.. mengelak dgn macam2 alasan..

Katanya ini standard size area sini.. Ini besi BS sekali ukur 10mm++ je..

Tya kat staf katanya, bos yg suruh hantar besi saiz ni.. bongak betul.. kita pulak rasa nak maki… ditipu hidup2 dengan cina hardware ni..

Sy buat projek berhampiran, order hardware lain BS Y12 memang betul dia hantar besi B.

Bagitahu tuan rumah.. mengamuk tuan rumah.. rasa dh berjuta dia beli barang kt hardware ni utk projek2 dia.. makluman tuan rumah ada buat madrasah dan homestay juga sebelum ni guna tukang kampung jer..

Homestay baru setahun lebih dah retak retak.. tak tahu salah siapa..

Tukang pulak selama ni tak pernah complaint .. ditya katanya betul hardware hantar barang.. sekali disemak2 memang hardware ni penipu, caj harga gila mahal… tukang pun buat kerja jer..

Terbukalah segala pekong selama bertahun2 hardware cina kejadah ni menyapu duit orang. Hardware bukan kecil, banyak cawangan…

Disinilah perlunya ilmu, kontraktor bukan hanya makan untung atas angin… tuan rumah tak tahu apa2 tentang spec dan barang2 rumah.. tukang pulak kurang ilmu.. kena tipu hidup²…

Yang kesiannya tuan rumah, tukang buat tapak gajah guna BRC R6 jer.. kita mampu tengok jer, tak berani nk komen kerja orang lain yg tuan rumah dh percaya bertahun2.. kita bagitahu nanti dikata nk rebut projek..

Memang rezeki Allah jodohkan tuan rumah dengan kami, terbongkarlah segala musibat yg terselindung selama ini.

Untuk pengetahuan besi CQ ni sama je size. Kalau Y12, 12mm tp hardware game order Y12 cq dia bg saiz y10. Kata nya saiz cq lebih kecil.. hakikatnya, ketumpatan dan kekuatan ketegangan besi yg membezakan besi BS dan CQ.

Tuan rumah nak jadikan kes polis…

BACA :

Ramai tak tahu dialog dalam filem Ali Baba Bujang Lapok sebenarnya telah ditukar, ini dialog sebenar
Isteri minta cerai dengan suami kerana alasan ini, ‘Dia tak dapat terima keputusan mahkamah’
‘Anak-anak mak mohon maaf atas kesilapan mak, terima kasih mcd sebab bagi menu yang murah dan mampu milik’