‘Sebelum berlepas memang 1 keluarga dah nampak tak puas hati dengan anak-anak saya, you nak tampar anak i dah offer 3 kali’

‘Sebelum berlepas memang 1 keluarga dah nampak tak puas hati dengan anak-anak saya, you nak tampar anak i dah offer 3 kali’.

Ceritanya panjang tapi saya cuba untuk tulis seringkas mungkin.

Flight BKI-KUL semalam. Nuh agak excited, on and off adalah bising sedikit ketika bermain dengan Luth tapi kami pun dah cuba untuk kawal Nuh sebaik mungkin agar tidak terlalu menggangu penumpang lain.

'Sebelum berlepas memang 1 keluarga dah nampak tak puas hati dengan anak-anak saya, you nak tampar anak i dah offer 3 kali'

Bukannya dia menjerit atau menangis sepanjang jalan, walaupun baru berusia 2 tahun, ini mungkin flight yg ke-16 dia kalau saya tak silap, jadi dia memang dah biasa dan ok sahaja, adalah bermain dengan Luth dan budak perempuan di seat belakang dia.

Budak2 biasalah bising sikit tapi tidaklah sampai menjerit sepanjang masa atau menendang2 seat depan.

Ada satu keluarga yang duduk di baris hadapan anak2 dan isteri saya.

Saya tak pasti apa masalah mereka, tetapi sebelum berlepas memang 1 keluarga dah nampak tak puas hati dengan anak2 saya.

Sepanjang perjalanan adalah beberapa kali dia memberi isyarat diam atau shhh kepada Nuh. Adakalanya bagi saya agak keterlaluan tetapi saya biarkan, malas nak bertengkar.

Saya jenis penakut macam hamster bukan gangster, gaduh2 ni saya memang tak berani.

Saya kebetulan terdengar perbualan dalam bahasa Mandarin sesama mereka, katanya rasa nak tampar Nuh. Perbualan ni adalah antara 2 lelaki dewasa.

Setelah mendarat, saya rasa agak bersalah, jadi saya telah menyapa mereka dan bertutur dalam bahasa Mandarin, memberi tawaran kepada 2 lelaki tersebut untuk menampar Nuh.

Sesuai dengan keinginan mereka sebentar tadi.

Saya bagi tawaran sebanyak 3 kali untuk mereka berdua menampar Nuh, mereka nampak agak terkejut, tapi sampai kesudah mereka tak terima pelawaan saya.

Saya anggap mereka mungkin jarang2 terima pelawaan dan agak segan semalam.

Kalau anda ternampak post ini, pelawaan saya masih on.

Myairline. Flight Z9 8808. 8 Aug 2023. Seat kami 29 C – 29 F.

Yang saya pelawa semalam 28D, 28E. Saya minta maaf, saya masih rasa bersalah, sudilah terima pelawaan saya sebagai tanda maaf.

Saya tak sempat minta nama atau nombor phone semalam, mereka kelihatan agak cemas dan bergegas meninggalkan pesawat selepas pelawaan saya.

Laju sangat keluar pesawat, saya tak sempat nak berkenalan.

To both of you, if by any chance you come across this post, do let me know your location. I will be happy to fulfil your request. Free delivery to your doorstep.

If you want to slap my son, my offer is still valid. No expiry date.

You nak tampar i dah offer 3 kali, you tak nak pulak. Not nice la brader. Sedih la macam ni.

Orang reject saya offer Takaful pun saya tak terguris macam ni tauuu

Betul2 you memperguriskan hati i pun.

BACA :

Wanita akhirnya pergi buat selamanya selepas trauma czer, kemurungan & enggan susui anak
Bayi 8 bulan maut terkena renjatan elektrik, terkunyah wayar charger
Cara hidupkan kereta jika bateri remote ‘kong’