‘Sikap jiran yang saya terkejut’, individu dedah pengalaman berjiran dengan orang bukan Islam

Sikap jiran yang saya terkejut.

Bila saya buka pintu kereta, nampak barang dari runner diletakkan oleh jiran di atas batu ni tadi.

Belah kiri, rumah didiami oleh sepasang warga emas Cina yang baik. Mereka ambik barang dari runner, letak atas batu. Apa yang runner hantar, mereka ambik dan letak atas batu.

'Sikap jiran yang saya terkejut', individu dedah pengalaman berjiran dengan orang bukan Islam

Pernah runner telefon, kak, jiran akak ambik barang ni (siap diambil photo aunty pegang barang saya). Takpe boss, jiran saya ambik dan nanti dia bagi kat saya.

Bayangkan kadangkala saya order makanan kucing 8kg, mereka angkat letak kat atas batu ni. Mereka dah umur 60 ke atas, bela cucu dan mengasuh anak orang. Saya dah pesan, takpe biarkan saja atas gate sebab berat, susahkan mereka pula.

Isterinya jawab, petang² hujan nanti barang rosak, you balik lambat. Aunty letak atas batu ni la. 2-3 kali, saya beli 8kg, last last saya pergi beli di kedai sebab saya rasa bersalah untuk mereka ambik dari runner.

Kain baju pada gate pun mereka tolong angkat bila hujan. Bersusun atas batu ni.

Mereka ni sangat bersih. Anak, menantu pun baik, mahu tegur, sihat ke, dah makan ke.

Jiran walaupun bukan Islam, kita kena buat baik. Alhamdulillah.

BACA :

‘Kerana mak, 3 tahun aku menganggur. Eh, ada degree tapi kerja kerani je?’
Kaki dipotong akibat diabetes, bekas tentera buntu untuk sara keluarga
Wanita berniqab buat ‘Live’ dengan suara menggoda dan manja jadi trend, ‘Siapa tegur kena ‘block’