‘Tak sangka aku ada duit banyak ni’, ramai tak tahu ini cara semak wang tidak dituntut

DUIT TERPIJAK.

Dengan kata lain, duit yang tak disangka sangka. Purple mata hitamku sekejap bila tengok angka tertera. Betul ke ni? Terkelip kelip mata aku tengok? Tulisan kecil sangat, takut tersalah tengok pula. Dah la ada orang tua kat rumah ni kaki bahan jugak. Hahaha..

Macam dapat bonus bro! Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan? Tak pernah mimpi boleh ada amount sebanyak ni tersimpan kat Akauntan Negara. Aku pun hairan apa yang aku buat dengan duit duit tu dulu..

'Tak sangka aku ada duit banyak ni', ramai tak tahu ini cara semak wang tidak dituntut

Tak pernah peduli pun pasal wang tak dituntut sebelum ni. Rasanya pernah viral pasal wang tak dituntut ni 2-3 tahun lepas. Tapi tak ambil pusing sangat. Entah kenapa tiba-tiba pagi tu tangan ringan je register masuk nak tengok. Senyum sampai telinga wehh.

U all kalau belum check wang tidak dituntut, cepat cepat pergi check. Mana tau ada duit terpijak jugak. Apapun, semestinya itu duit dan hak kita. Ada sikit boleh simpan bank, ada banyak terpaksalah bekukan tukar jadi emas. Itu rahsia duit kekal lama.

Since ada yang tanya nak check kat mana, ni saya kongsikan :

1) Layari https://egumis.anm.gov.my/

2) Untuk yang pertama kali, register dulu (sign-in). Isi semua maklumat yang diperlukan.

Check email untuk verify link yang diberi.

3) Log in semula. Kemudian, masukkan semua maklumat yang diperlukan.

4) Masukkan IC kita. Boleh bantu check untuk ibuayah kat kampung jugak.

Maksimum boleh check dua nombor IC sahaja.

Sekian, semoga bermanfaat.

BACA :

‘Manusia kata aku bodoh sebab ambik aliran Tahfiz, tapi tolak tawaran MARA, tolak tawaran Medic, tolak full biasiswa Telekom’
‘Kalau jumpa dia tolong bagitahu aku, dah lama aku cari si Ery ni’
Janda tanggung kesakitan pada faraj akibat masukkan lesung batu dalam kemaluan