[VIDEO] Entiti hitam muncul dengan wajah bengis, peneroka gua dirasuk & mata terbeliak

Entiti hitam muncul dengan wajah bengis, peneroka Ggua dirasuk & mata terbeliak.

Mungkin ramai yang belum pernah dengar mengenai kewujudan aktiviti caving. Penggemar caving mempunyai jiwa yang ngairah menerokai setiap sudut kawasan gua tidak kiralah jika ia sempit sekalipun.

Selain haiwan berbisa, pertemuan dengan ‘makhluk’ misteri mungkin juga berlaku.

Entiti hitam muncul dengan wajah bengis, peneroka Ggua dirasuk & mata terbeliak

Salah seorang dirasuk ketika sedang meneroka dalaman gua

Itulah situasi getir yang dihadapi oleh sekumpulan peneroka gua ini. Dalam video yang tular menerusi akaun TikTok El Cucuy, beberapa orang lelaki cuba menenangkan diri apabila salah seorang daripada mereka mula dirasuk sesuatu.

Terlihat individu berbaju hitam di belakang sudah terdiam kaku dan matanya mula terbeliak.

Muncul makhluk hitam berwajah seram di laluan hadapan

Bertambah meremang, di laluan lubang hadapan mereka terdapat satu entiti misteri muncul dengan wajah yang cukup menyeramkan. Mencuba untuk lakukan rukhyah kepada rakan di belakang, mereka hanya mampu berbisik sesama sendiri sambil disaksikan makhluk hitam terbabit.

Rakan terus rebah ke tanah & tak sedarkan diri

Selepas menghembuskan pasir ke udara, lelaki berbaju hijau di posisi hadapan melakukan gerakan rukhyah kepada rakan yang disampuk tadi. Dengan bacaan “Bismillah”, dia seakan mengeluarkan sesuatu dari bahagian muka ke lutut dan kawannya terus rebah ke tanah.

Rakaman seram itu meraih lebih 5 juta tontonan sejak dimuatnaik beberapa hari lalu.

@elcucuy.tv 😳#scarytiktoks #fyp #4u #paranormal #elcucuytv #skinwalker #scary #horrortok #creepy #miedo #hauntedtiktok ♬ original sound – EL Cucuy

BACA :

Yassin Senario ‘sekolahkan’ pelawak, sanggup buka aib kerana mahu orang ketawa
Ini cara ‘orang kedekut’ pergi KLIA2, jimat RM75 bayar e-hailing
Black out tengah malam, lelaki kongsi cara buat lilin tahan berhari-hari hanya guna 4 bahan ringkas