[VIDEO] Lima sekeluarga maut, rumah tiba-tiba meletup

Lima sekeluarga maut, rumah tiba-tiba meletup.

Lima orang dilaporkan terkorban selepas sebuah rumah di Pennsylvania meletup pada Sabtu lalu, lapor New York Post

Berdasarkan rakaman kamera loceng pintu, dapat dilihat bahawa rumah tersebut hancur musnah akibat daripada impak letupan berkenaan.

Pegawai Daerah Allegheny berkata punca letupan masih dalam siasatan dan ia boleh mengambil masa sehingga berbulan-bulan.

Lima sekeluarga maut, rumah tiba-tiba meletup

Ketua Polis Plum, Lanny Conley berkata, pemeriksaan perubatan Allegheny County berjaya mengenal pasti mangsa yang terlibat.

Mangsa yang maut akibat letupan di kawasan kejiranan Rustic Ridge Estate adalah empat orang dewasa dan seorang kanak-kanak.

Dua daripada lima mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Casey Clontz dan anaknya Keegan, lapor Trib.
Sementara itu, seramai 57 anggota bomba dirawat di tempat kejadian selepas mengalami masalah kecil termasuk kecederaan berkaitan haba, memetik Steve Imbarlina, penolong ketua Perkhidmatan Kecemasan Daerah Allegheny.

“Akan ada banyak ujian forensik untuk dilakukan bagi mengetahui punca kejadian. Siasatan ini mungkin makan masa berbulan-bulan atau tahun,” kata Imbarlina.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya dua rumah lain turut musnah dan kira-kira sedozen lagi rosak akibat letupan di pinggir bandar Pittsburgh itu.

Mangsa Casey dan Keegan yang tinggal di Brookside Drive dikatakan berada di rumah 141 Rustic Ridge Drive sewaktu kejadian letupan itu berlaku.

Menurut keluarga mangsa, tidak jelas apa yang dilakukan oleh dua beranak itu di kawasan letupan sebelum insiden itu berlaku.

“Keegan dan Casey adalah yang paling gembira apabila mereka menghabiskan masa di tasik bersama keluarga dan rakan mereka. Mereka berenang, menaiki bot dan suka bersiar-siar dengan kereta golf mereka,” kata keluarga itu.

“Keegan dan Casey akan dirindui serta disayangi oleh orang ramai termasuk keluarga, rakan dan komuniti mereka,” tambah kenyataan itu lagi.

Difahamkan, tiga lagi mangsa yang terbunuh sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti identiti mereka.

Dua orang telah dikeluarkan dari hospital, manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal.

BACA :

Lepas 8 tahun pernikahan 3 anak tak sah, baru tahu larangan pegang Kaabah ketika tawaf
‘Rupanya brand ini lebih sedap dari yang lain. Isi tak pecah walaupon tak digoreng’
Akibat suka tidur pakai baju terdedah, wanita dinikahi jin hingga ada ramai anak