[VIDEO] Selamba jalan tak peduli arahan polis trafik di Johor, video lama pemandu Singapura besar kepala tular semula

Selamba jalan tak peduli arahan polis trafik di Johor, video lama pemandu Singapura besar kepala tular semula.

SEBUAH kereta bernombor pendaftaran Singapura dirakam berperlakuan biadab terhadap seorang anggota polis trafik menerusi video lama yang tular semula pada Rabu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada September tahun lalu selepas pemandu terbabit didakwa menggunakan laluan kecemasan dan laluan bas sebelum ditahan anggota polis trafik.

Selamba jalan tak peduli arahan polis trafik di Johor, video lama pemandu Singapura besar kepala tular semula
Tangkap layar sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura dirakam berpelakuan biadab terhadap polis trafik di Johor.

Namun, situasi mulai tegang sebaik si pemandu enggan mengikut arahan polis tersebut dan terus beredar dari lokasi berkenaan yang dipercayai berlaku di Johor.

Perbuatan biadab itu nyata mengundang kemarahan polis terbabit apabila bertindak mengetuk dan menengking ke arah pemandu kereta tersebut.

Dirakamkan menerusi kamera dashcam, video tular itu hangat diperkatakan di laman Twitter dan dihujani kecaman warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Dua lagi individu polis kemudiannya tampil membantu situasi tegang itu dengan si pelaku turut ditahan di laluan terbabit.

“Warga Singapura ini dekat negara dia tak boleh nak buat apa-apa, tapi datang Malaysia terus keluar perangai teruk, ini ke ‘First World Country’ yang dia katakan,” kata jpegdocu.

“Mereka ini memang tak reti nak hormat kita, elok haramkan terus datang sini, biar dia tahu undang-undang negara kita macam mana,” ujar Armadila.

“Sebab itu jangan kasi rakyat dia masuk sesuka hati ke negara kita, dah la suka curi minyak petrol murah, lagi nak biadab dengan polis kita,” jelas Amar Syafik.

Namun, belum ada kenyataan polis berkaitan hal itu setakat ini dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden terbabit.

BACA :

Rider tegur warga Singapura isi minyak dalam tong hilang kerja, akaun Grab kena gantung
Guru buat eksperimen keji & puji pokok, hasilnya mengejutkan!
‘Dulu time aku nikah hantaran 7k. Berderau darah aku bila dengar kakak bentak nak 10k’