‘Walau kaya, masyhur, berkuasa mana sekalipun, kita mungkin hanya akan diingati untuk beberapa generasi sahaja’

‘Walau kaya, masyhur, berkuasa mana sekalipun, kita mungkin hanya akan diingati untuk beberapa generasi sahaja’.

Umur planet bumi 5 ribu juta tahun. Umur alam semesta pula 15 ribu juta tahun.

Sedangkan sejarah manusia hanya sebahagian kecil dalam sejarah penciptaan cakrawala ini.

Sungguh kecil diri kita. Tersangat kerdil sejarah manusia dalam sejarah masa yang wujud.

'Walau kaya, masyhur, berkuasa mana sekalipun, kita mungkin hanya akan diingati untuk beberapa generasi sahaja'

Namun sungguh mulia kita. Kita yang wujud hanya 75 tahun di atas muka bumi. Aku dan kau hanya hidup sebatas itu.

Dimana mulianya kita?

Di dalam surah al-Insan, Allah berfirman: Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

Asalnya kita tiada. Kemudian ada, ruh dicipta. Kemudian dijasadkan. Kemudian tiada, jasad hancur, ruh pindah ke alam lain. Kemudian ada semula, jasad baru (versi upgrade bergantung nasib kita di alam seterusnya)

Konklusinya, kita ni ada sekejap sahaja di dunia. Alam yang berusia 15 ribu juta tahun tidak mengenal kita. Bumi yang berusia 5 ribu juta tahun takkan mengenang walau sebaik mana kita menjaga bumi.

Manusia juga begitu. Walau kaya, masyhur, berkuasa mana sekalipun, kita mungkin hanya akan diingati untuk beberapa generasi sahaja. 100 tahun, kemudian kita dilupakan. Kita seperti tidak wujud semula. Walaupun hakikatnya kita pernah wujud.

Begitulah Allah memuliakan suatu yang asalnya hina. Asal kita air mani dan telur ibubapa kita, seperti firman Allah taala:

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

Malu orang nak cakap tentang kita, kerana kita ini tiada nama asalnya. Tidak diketahui personaliti, rezeki, rupawajah, nasib hidup. Setelah mati, kita dilupakan.

Ya, kita disedari orang lain dan mungkin dihargai serta disayangi. Namun itu cuma selama 75 tahun. Atau paling tidak 120 tahun, untuk beberapa orang manusia yang hidup sehingga umur itu.

Tetapi ada satu kuasa yang akan ingat kita. Yang akan hargai kita. Yang sentiasa melihat tutur kata, tingkah laku kita.

Walaupun kita ini asalnya tiada. Kemudian diwujudkan ruh kita. Kemudian hidup kita berjalan. Kemudian kita mati. Namun, walaupun manusia sudah lupa dan seolah kita sudah tidak wujud dalam sejarah kemanusiaan, namun kuasa itu mengangkat kita.

Kuasa itu mengiktiraf baik jahat kita. Lemah kuat kita. Kuasa itu Allah taala.

Dalam surah al-Insan, surah yang sama, Allah menceritakan bagaimana mereka yang telah dilupakan sejarah, dan asalnya dari satu mani yang hina, diangkat Allah sebagai orang yang istimewa kerana kebaikan dan amal soleh mereka.

Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.[al-Insan ayat 21]

Begitulah nasib kita di akhirat jika kita belajar menjadi insan yang bersyukur.

Moga Allah masukkan kita ke dalam golongan yang sedikit. Golongan yang seperti dalam ayat ini:

Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

BACA :

Isteri hidap kanser tahap 3 izin suami cari pengganti, suami laju cari pengganti di Twitter
‘Suami aku ni pemurah lain macam, sampai diri sendiri miskin’
‘Saya tak percaya pada teori beli kereta untuk impress klien, tauke ayam Bismi pun bersungut’