Wanita kongsi kisah isteri yang jaga suaminya, ‘Kasih suami hanya ketika muda. Kasih isteri selamanya!’

Kasih suami hanya ketika muda. Kasih isteri selamanya! Ketika semua leka dengan keindahan poligami, mereka lupa dengan penghujung hari.

Di hospital ini ramai isteri menjaga suami yang sedang sakit.

Tadi saya berkenalan dengan seorang isteri yang jaga suaminya.

Wanita kongsi kisah isteri yang jaga suaminya, 'Kasih suami hanya ketika muda. Kasih isteri selamanya!'

Dah lama saya perhati akak ni.

Tak balik- balik ke?

Kata hati saya.

Tadi dapat bercakap dengan dia.

Umurnya 70 tahun suaminya 74 tahun.

Terasa saya muda waktu tahu umur akak ni.

Dengan umur ini, dah 12 hari dia berkampung kat hospital.

Tidak balik ke rumah, mulanya cuma tidur atas lantai beralas kain. Allahu.

Dah tak balik- balik, besan belikan kerusi malas.

Allahuakbar.

12 hari tidur sebelah suami atas lazy chair.

“Kak, kenapa tak balik? Bergilir dengan anak ?”

Macam mak sendiri, rasa kesian sampai terpacul soalan macam tu.

Baru saya tahu, anak akak ni semua lelaki kecuali seorang perempuan.

Yang perempuan ni oku.

Allahuakbar.

Seronok bercerita dengan kakak ni.

Mukanya bersih kulitnya halus disebalik kedut wajah manisnya.

Agaknyalah, sebersih muka dia begitulah hatinya agaknya.

Berborak pun best, kata- katanya jadi halwa telinga.

Ceritanya.

Suaminya sedang ambil wudhuk, dia menunggu belakang nak ambil wudhuk juga.

Bila angkat kaki sebelah, tiba- tiba sebelah kaki prappp …

“Kaki aku patah” kata suaminya.

Kakak terus peluk suaminya terus heret perlahan bawa ke katil.

“Alhamdulillah, Allah sayang, akak cepat tangkap. Kalau tak jatuh ke lantai, entah apa jadi kepala tu”.

Halwa telinga sungguh bercakap dengan kakak ni.

Dalam keadaan macam itu baik sangkanya pada Allah di depan sekali.

“Allah sayang, Allah sayang, Allah tolong, tu akak sempat pegang” katanya berulang.

Dia tak bagi kredit kat diri dia, semua kredit dipulanglan pada Allah.

Dia tak rasa hebat pun selamatkan suaminya, Allah yang bagi semua.

Allah yang tolong.

Hebat bahasa cinta orang lama.

Kasih seorang isteri.

Doakan ya sahabat, pasangan hebat ini diberi a’fiyah sihat sejahtera.

Bolehlah kakak cantik balik ke rumah untuk berehat.

Penutup bicara saya tanya kakak cantik, apa yang buatkan dia tak boleh balik.

Rupanya, semua urusan suaminya dia sahaja yang tahu.

Sakit apa, ubat apa, temujanji…semua hal tentang suami dalam kepala dia.

Moga kakak cantik ditempatkan di syurga tertinggi. Aamin² YRA.

BACA :

‘Saya tanya pasangan baru berkahwin kenapa nak sewa rumah besar-besar sedangkan hidup berdua je’, jawapan mereka buat saya terdiam
Ramai tak tahu makna sebenar gambar ini, menang anugerah paling berprestij di Amerika Syarikat
Lepas 8 tahun pernikahan 3 anak tak sah, baru tahu larangan pegang Kaabah ketika tawaf