‘Ya Allah ingatkan dalam drama tv saja, rupanya di dunia nyata pun betul-betul ada’

Ya Allah. ingatkan dalam drama tv saja, rupanya di dunia nyata pun betul-betul ada.

Bismillah. cerita dia, makcik ni naik Maxim dengan aku. Semasa dalam perjalanan kami pun borak-borak kosong la dengan c makcik.

Makcik ni seorang ibu tunggal, ada 12org anak. Semuanya sudah pun berumah tangga dan masing-masing dengan kehidupan mereka.

'Ya Allah ingatkan dalam drama tv saja, rupanya di dunia nyata pun betul-betul ada'

Kebanyakan anak-anak nya semua jauh-jauh, tinggal la c makcik dengn cucu-cucu nya yang terdekat sahaja.

Dalam 12 orang anak, ada 3 orang anaknya yg tidak lagi mahu menegur dengan beliau. Allahu ibarat 3 orang anak itu menganggap ibu dorang sudah tidak wujud lagi.

Saban tahun makcik ni menunggu kehadiran anak² nya. Setiap tahun juga dia menangis.

Makcik: “bukan makcik mau minta duit dengan dorang. makcik cuma mau dengar khabar-khabar dorang saja. sampaikan dorang tukar simcard supaya makcik tidak dapat hubungi dorang lagi.

Biar pun dorang buat makcik bgitu, makcik sentiasa doakan yg terbaik untuk semua anak-anak makcik. smoga suatu hari nanti makcik dapat bekumpul semua dengan dorang. makcik rindu bha sama dorang nak” luah c makcik sambil menangis dalam kereta tadi.

Allahuakbar..

Aku tolak tambang c makcik, niat mau sedekah saja. tpi c makcik tetap mau bagi tambangnya.

Makcik: “sama sama kita mencari rezeki nak. makcik faham semoga allah perluaskan rezeki mu nak”

Amin makcik semoga juga makcik panjang usia sihat selalu.

Bukan niat mau mengaibkan. tapi di sini kita boleh ambil ikhtibar dan pengajaran.

sayangi la kedua org tua anda especially ibu.

Sesibuk apa pun kita. sekali sekala jenguk la org tua selagi depa masih ada. Depa pasti sentiasa menanti kehadiran anak-anak nya.

BACA :

Ramai tak tahu dialog dalam filem Ali Baba Bujang Lapok sebenarnya telah ditukar, ini dialog sebenar
‘3 kali kera tu datang rumah walaupun dah dibuang jauh, rupanya ada orang hantar sihir kongkang’
‘Sebelum nak lepaskan anak di tempat camtu fikir dulu lah, kita mesti tau perangai anak kita’